Tuesday 12 March 2013

Tak yakin

Assalamualaikum
Dear Love & Colourful Life blog ,

Grrr -_-"

Aku sendiri taktau nak letak tajuk apa? Main hentam je. Apa yang ada dalam kepala otak fikiran aku sekarang ni, .. something yang aku asyik dok pikiaq-pikiaq sepanjang hari ni ... Ni semua masalah berkaitan dengan "Tak yakin dengan diri sendiri" .. memang dari dulu macam tu . Aku ni jenis yang takut kepada sesuatu yang baru. Kadang-kadang tu takut untuk mencuba sesuatu yang baru walaupun ianya nampak awesome !

1. Pertama, ingatkan hari jumaat minggu ni nak jalan-jalan rehatkan minda. Setelah sekian hari aku bekerja. Naik muntah lah pulak, hari-hari naik Genting Highland.
Nak temankan cousin pergi beli novel dekat Selayang Mall. Dahh lama tak jumpa dia.. miss her .Tapi ? Takde sape nak hantaq? Destinasi rumahnya dekat Gombak, area Batu Caves lah tuu .. Aku cadang, nak naik komuter je. Naik dari stesen komuter Batang Kali - berhenti dekat Hentian Putra. Then, cross jejambat.. naik pulak komuter menghala ke Batu Caves.Ok kan?

Persoalannya di sini .. Mama bagi permission ke ? - ok, nampak sangat aku dah plan macam-macam dalam kepala otak, tapi .. masih sangsi dan ragu-ragu hanya kerana satu perkara yang masih aku tak pasti..


2. Masalah yang kedua. Masalah ni aku nak letak dekat no.1 kat atas tu.. tapi .. memandangkan tempohnya lagi lambat dari masalah no.1 .. so, jatuh lah ia di tangga no.2. *wakakaka...

Ok. Sudah terang lagi bersuluh terang benderang .. *erk? peribahasa apa aku buat ni?
20 March 2013 ni .. sudah digembar gemburkan ianya adalah tarikh pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2012, ( batch 1995 ) . Ok, fine. Sebut je "Keputusan SPM" .. meremang bulu roma aku. Berduyun-duyun-duyun surat tawaran IPTA yang sampai ke rumah. Masa mula-mula dapat tu, memang excited giler ! .. Tapi, bila tengok syarat-syarat tawaran tu ..
"diberikan pinjaman PTPTN"

Family aku ramai tak setuju. Bukan nak riak atau bongkak taknak pinjam PTPTN. Tapi, family aku kata, time pinjam kemain lagi senang. Nanti, bila nak bayar .. memang macam separuh nyawa. Duit bunga bayaran pinjaman tu bertambah 3 kali ganda daripada Jumlah duit yang kita pinjam. Kene tolak gaji lah, apelaa ..  Aku tanyalah family member aku.
"PTPTN tuu, riba' ke?"

Diorang jawab. "Biasalah ~"

Aku ni, budak yang masih mentah lagi ..Aku tak tau apa-apa. Sebab tu aku tanya dengan orang yang dekat dengan aku. Aku cuma melontarkan luahan aku.Apatah lagi hal duniawi yang semakin menghampiri aku. Andai ada yang aku silap, minta dibetulkan.
Bukan apa. Sebelum apa-apa perkara buruk terjadi ..
Aku pun, rajinlah buat research ..

Tapi, Aku tak tahu apa nak jadi dengan result aku? Aku memang tak yakin dengan result yang bakal aku dapat. Sebab, aku bukannya budak yang pandai sangat otak nya. Sekadar Ala kadar je. Biasa-biasa je. Sampaikan, aku berfikir ..
"20hb March 2013 ni, malas lah nak amik result awal-awal .. aku nak amik lambat-lambat pun takpe rasanya ..Biarlah kengkawan aku amek result diorang dulu. Aku dah decide nak amik result tu keesokan harinya, sorang-sorang."

And then, aku fikir balik. 
" Tapi, kalau aku amik lambat .. tak dapatlah nak jumpa geng-geng aku n kongsi suka dan duka sama-sama dengan kengkawan?"

Hm .. -_-" *suka meng-konfiuskan diri sendiri .


3. Aku nak masuk PLKN !
Dah lah siri 1 10/2013 aku tak dapat? Minggu lepas, aku check untuk siri 2 10/2013 pulak .. tak dapat jugakkkk ..... ! Uwaaa..

Adakah ini takdirku ?
Takdir Rabi'atul Adawiyah?

Apesal ha? Orang yang nakkkk sangattt pergi PLKN tu, tak dapat? Orang yang tak nak pergi PLKN tu, siri 1 lagi dah dapat dah ? Grrr ! Geram !
And then, Mama kata ..
" Sabar ~ Ada ganjarannya untuk orang yang sabar ni ... "

Hm .. ok, mama ... :(




No comments: