Saturday 16 February 2013

Si dia ..

Assalamualaikum...
Dear Love & Colourful Life blog ,


Catatan lama: ( Jumaat ) 09 March 2012 .

Aku ceritakan semula kisah aku sepanjang persekolahan tahun lepas. Semua ni dah dicatat dalam buku catatan harian aku. Saje salin baik sekadar bacaan aku sendiri ..

Bermulanya aku pada hari ini ..

- Datang lambat! On the way nak pergi dewan, ikut jalan landskap sekolah. Tiba-tiba, student lain semua dah keluar dari dewan..

??

Myra : " Dah Raby ~ Dah ~ masuk kelas. Perhimpunan dah habis dah ~ "
Me : ??? Ala ~

- Ada exam Pendidikan Jasmani & Pendidikan Sivik.
- Time jawab exam sivik, Ayie lalu dekat tepi kelas lagi sekali. Dapat tengok wajahnya !

- Pergi toilet dengan Mus. Lepastu pergi sekali lagi dengan Syera n Min. Bila dah nak masuk kelas. Syera dengan Min dapat masuk kelas, bila aku nak masuk kelas .. mamat tutup semua tingkap n pintu kelas ~ tak nak bagi aku masuk. Dalam 5 minit jugak lah aku dekat luar. Baru aku boleh bukak. Bila aku dah bukak tu, n masuk dalam kelas, Mamat cakap : " Kuatnya Raby ( bukak pintu ) " . Erghh, dia ni ...

Bila aku dah masuk, duduk dekat tempat Mus. Tetiba Mamat tarik kerusi, lepastu duduk dekat sebelah aku. Mamat suruh aku tangkap gambar aku dengan dia ~ Ergghh ! Tak nak aku. kang tak pasal-pasal jadi bahan fitnah.

Geng-geng FaRyza tengok je. Aduh! Risau ..

 Rehat . Beli makanan n jalan-jalan dengan Yan. Bila balik kelas, budak-budak semua buat hal masing-masing sebab Ustaz malas nak ajar. Kitorang buat kerja sendiri laa .. Shaz gurau-gurau, khononnya nak hantar rombongan merisik dekat rumah aku. Dia suruh aku terima ~ #Bengong je. Awek dia tu nak letak mana? Haha ..

Lepas tu Mamat marah. "eh? Raby, Suka aku laa .."
Lepastu Shaz pulak . "Eh? Aku laa .. Aku nak hantar rombongan meminang."
Mamat marah lagi. "Eh? Die suke aku laa .."
Shaz pulak kata. " Raby, kau suke die ke tak?" Shaz tunjuk dekat Mamat. Yang Mamat pulak buat isyarat muka. Suruh aku "angguk2". haha.. Aku sengih je .
#gadoh pulak diorang ni ..

"Haa .. Tengok, dia senyum . Orang dulu-dulu kata, senyum tanda setuju .. " - mamat.
Ehhh? Pandai-pandai je ? Then, aku balas balik. " Eh? Takpelaa ..aku cari orang lain jela."
Shaz buat-buat masam muka. " Mat, dia taknak dekat kiter laa .. "

Lepastu mamat nyanyi lagu ape entah? And then, Shaz pulak nyanyi ~ Segannya .. Hoho, romantik la pulak .. Budak-budak kelas memang sporting . Tapi, ada batasan dalam pergaulan . Yang haram, tetap haram.

Tetiba ....

"Aku tau sape ! Siapa ek nama dia? Ala ~ Lupa laaa .. Ha ! Faiz ! Faiz ! " - Mamat.
Aku terkejut! Alamak ! Kenapa dia cakap depan orang ramai ni ? .. "Eh? Faiz tu adik aku laa .. Tak caye , tanya Yan. " Aku tipu dia, then .. Aku pandang Yan, tak de respon? ..

"Err .. tanya Min, kan Min?" ( Takde respon jugak ) Alamak ?
" Ha ! Tanya Mus .Kan Mus? " ( Still takde respon? ) Masing-masing buat muka selenge. Aduh ~ Sorang pun taknak backup aku? Then, Mamat cakap . " Aku tak caye, nanti aku cari siapa Faiz tuu .."

Alamak ... ! I'm dead ! Arghh !!!
Lepastu diorang panggil Ustaz Azman. Ustaz taknak. Dia nak orang nama " Laila" haha.. Terus, semua gelak. Ustaz nyanyi lagu Amy Search, " Laila namamu teratas. "

Then, mamat tanya pasal number telefon aku. Syera pegi cakap yang aku dah tukar number. Dekat bawah meja, aku pijak kaki dia, bagi signal, jangan bagitau mamat yang aku dah tukar number. Aku tukar number pun sebab dia lah . kacau privacy je ..

Lepastu Syera cover, kate aku guna Public phone tepi jalan tu, letak dalam bilik. haha ..
"Tak tak kira ! Walaupun number kau 999 , aku cari kau sampai dapat. " mamat kata. Hm .. yela .. #malasnaklayan.

Time tuisyen petang dekat sekolah, hari ni subjek BM dengan cikgu Ayu. Masa mula-mula datang tu, Ayie tak datang  lagi. Aku borak-borak dengan Yan n Min. Lepastu Cikgu Ayu edarkan kertas nota&latihan.

Faiz datang dekat kitorang sebab tak dapat. Tengah-tengah diorang edarkan kertas tu, aku tak dapat. Cikgu Ayu suruh Ayie amek kertas edaran tu pada Mus. Aku cakap dekat Yan. "Yan ~ Tak dapat ~"

Mus bagi dah bagi kertas2 edaran tu dekat Ayie. Yan kata. "Weyy, Faiz .. Bagi la dekat Raby. "
Aww~ Dia bagi laaaa ~ Dia hulurkan kertas tu. Aku pun amik satu . "Terima kasih ~ " Faiz senyum.
Hoho .. gembiranya hati .. lepastu Faiz duduk sebaris dengan aku tapi, jauh sikit. Selang dua kerusi. Sambil duduk pun dia senyum? Ceh!

- And then, Min bagi buku kehadiran pelajar dekat aku. Dia cakap . " Bagi dekat Faiz ! "
Aku tak ikut pun cakap dia. Tak wajib pun. Aku nak bagi dekat Syikin ( Dia duduk dekat depan aku. )

"Bagi kat Ayie ! " Min cakap kuat-kuat. ish ! Hoiyy ... Malu ar aku ! Reda dan pasrah ~
dengan tersengih -sengih ~ tersenyum yang tak boleh nak cover, dan lafaz bismillah ~ aku bagi rekod kedatangan tu dekat Faiz..
Weee ~ Hoho ..
Yan kata : " senyum je Raby... "

Time cikgu mengajar,Faiz asyik regang-regangkan badan dia . #Aku usha je..
Lepastu , maybe cikgu pun perasan .. cikgu suruh dia bangun. Jadi cikgu pulak . Aku dah tau ape niat cikgu suruh dia bangun tu .. Cikgu nak hilangkan dia punya mengantuk sebab nampakk dia regangkan badan dia tadi. Haha .. kelakar. Kitorang pulak, kena berlakon jadi anak murid dia .. awww ~ malu sehh ...

Faiz berlakon, buat-buat baru masuk kelas macam cikgu masuk kelas. Semua bagi salam. " Selamat petang Cikgu Faiz. " ( aku tengok je dia punya gaya jalan tuu .. )

Faiz : " Selamat petang murid2 . Sila duduk." ( dia malu2. ) budak-budak semua dah tersengih je .. Awww ... suara diaaa ... menawan hati !

Lepastu, Cikgu Ayu suruh dia tulis sesuatu pasal "Bina Ayat" dekat papan putih . Dia segan-segan .. Tulis, padam .. tulis, padam .. tulisan dia comel .. kemas je .. sambil dia tulis tu . Cikgu Ayu tanya ..
"Cikgu Faiz, eh ? Faiz .. ( Faiz pandang ) Cita-cita nak jadi apa?"

Dia pandang cikgu Ayu, lepastu tetiba macam dia pandang aku? .. Eh? kenapa? Then, dia jawab .. "Err .. Bussinessman."
Cikgu Ayu sengih je .. " Ahli perniagaan ye .. "
Faiz : " Haaa .. ahli perniagaan .. " ( aww .. suara diaa .. )

Lepastu, dia duduk semula kat tempat dia. Cikgu Ayu suruh baca "Bina Ayat" perkataan KEMAS. Dia baca .. sambil tu aku tulislah .. tetibe? Terdengar
 " Raby .. "

Macam Ada yang panggil nama aku .??

#Hati ni dah berdebar-debar dahh ..
Aku padang la dia .. dengan perasaan yang penuh tanda tanya. Die senyum. #Aishhh ! Time dia senyum tuu .. secara automatiknya, aku pun terrrrrsenyum sekali ..
Faiz : " Tuu .. baca ayat .. "

"Ha?!" Aku terkejut .. tapi masih boleh cover ye .. dengan perlahan-lahan, aku bangun. tenangkan diri . Terketar-ketar tangan dengan kaki aku. Dalam pada masa yang sama, terdengar Faiz cakap ,
" Suke Yan ~ "
Tengok-tengok, Yan tengah gelakkan aku . Ceh !

Aku pandang Cikgu Ayu. N aku baca. Dengan suara merdu yang dicover, Cikgu tanya "Nak baca yang mana?"

Aku jawab . " Err .. ayat MENGEMAS." Hoho, aku pun mula baca. " SETIAP HARI, PUAN SURAYA MENGEMASKAN RUANG TAMU RUMAHNYA SUPAYA KELIHATAN TERATUR DAN BERSIH . "

Lepas baca tu, aku tersenyum dekat Cikgu Ayu. Cikgu angguk je. I can feel that, Ayie smile too ..
Cikgu tanya nama aku Aku nak jawab. tapi, Yan dah jawab dulu . "Rabi'atul Adawiyah "

Cikgu pun, "Haa .. nama tu sebuah nama yang hebat ye .. orangnya pun hebat juga ~ Pernah dengar sejarah tentang Rabi'atul  Adawiyah ??".

Aku angguk tersenyum.
Cikgu Ayu :"Haa .. Bagus ye .. "
Tetiba Faiz  menyampuk. " Tak pernah dengar ~ "
Cikgu Ayu pandang dia n senyum . "Nanti carilah dekat mana-mana ~ "

Terakhir sekali, ayat "PENGHARGAAN". Cikgu suruh Faiz baca lagi.
Dia baca.
"Faiz diberi penghargaan kerana berjaya dalam pencapaian akademik. " ( lebih kurang macam tu laa )..

Masing-masing tergelak sebab dia guna nama sendiri nak buat ayat tu .. eiuu .. syok sendiri . haha ..

#Segan ! Dia tengokkk je bila kepala aku diusap oleh Cikgu Ayu . Cikgu yang memang penyayang .

No comments: