Thursday 14 March 2013

Perkara yang selalu aku perhatikan

Assalamualaikum
Dear Love & Colourful Life blog ,

Memang sepanjang kerja mencari rezeki jual makanan bersama dengan jiran aku dekat Genting tu .. banyak yang pahit dari yang manis. Maklumlah, tempat asing. Tapi, ada beberapa perkara yang selalu aku perhatikan.

Dari Isnin hingga khamis  minggu ni.
 Rabu / 13.03.2013
- Lepas singgah kedai The Body Shop, singgah kedai SASA pulak .. And then, patah balik nak ke tempat lain. Tetiba ada sorang chinesse girl.. cute, tahan kitorang. Dia nak beli kuih . Lepas tu dia masuk balik dalam kedai kasut Staccato tempat dia kerja tu nak amik duit dulu. Then, dia keluar balik.

Aku duduk bersimpuh kejap. Letih kot! Tengah cari-cari kuih yang chinesse girl tu mintak ..Bila aku tengah pilih-pilih kuih tu .. Aku terdengar suara yang macam pernah aku dengar? Suara lelaki.

Siapa pulak? Aku pandang ar kiri atas. Aku terjerit . "Arghh!" Aku tutup muka aku. Grr.. -.-"
Lahh ... Zarul ?? Budak sebaya dengan aku  tapi tak sama kelas.

Cik Lin tanya.. " Nape ? Dah kenal ke?"
The, aku cakap .. " Tak . Tak kenal . " Aku tersengih-sengih ~

Zarul bantai nya gelakkan aku.
Eh? Tapi en .. smart ar dia dress up. Dah la putih.  memang nampak smart lah.
Aku tanya dia. " dah lama ke kerja dekat sini?"

"Dah lama dah.. "

Erkk ? Asal aku tak pernah nampak dia?? Aku pun dah lama dah ikut Cik Lin menjual  ni?
Tapi kan ~ ? Sungguh bersikap kebudak-budakkan lah aku ni ? Apesal lah aku pergi jerit bila nampak diaaa ???


- Dekat Pizza Hut
  Dekat luar Pizza Hut, ada kaunter kecik untuk customer tapau makanan. Kitorang lepak sekejap dekat situ ..  Dekat kaunter tu ada buku menu. Aku bukak, aku selak-selak.
" Cik Lin, nak yang ni .. nak yang tuu .. nak yang ni ... "

 Aku tunjuk menu-menu pizza dekat Cik Lin. Then, Cik Lin kata . "Suruh Azhar belanja ~ "

Azhar - Abang sporting yang macho lagi hensem rambut macam korea kerja dekat Pizza Hut.

 __________________________________________________________________________________

Aku dan Cik Lin*jiran aku selalu round area lobi Hotel Highlands, jual makanan secara bergerak. Memang best .. Sampai je dekat dalam Shopping Mall, ada sorang abang ni . Sempoi je .
Yang aku tahu ...

- Umur dia tua setahun dari aku.
- Dia suka makan kuih donut sebab, hari-hari dia beli donut yang kitorang jual.
- Dia seorang yang kidal, sebab hari tu aku ada usha, dia tolong isikan borang untuk kakak dia. *kakak dia malas isi borang sendiri. -_-"
- Nama dia Izat. Sebab, akak dia selalu jerit nama dia ..
" Ijaddd !!! " .. 
haha ..

Minggu ni .. Abang Ijad tu pakai baju warna :

Isnin - Pakai baju warna biru
Selasa - Pakai baju warna hitam
Rabu - Pakai baju warna putih
Khamis -pakai baju hitam .

 Khamis / 14.03.2013

Hari ni aku pakai baju warna serba hitam, dipadankan dengan tudung warna merah pastel. Nampak ELEGANT  kan? Mula-mula aku melangkah ke dalam shopping Mall, aku terfikir .. hari ni aku pakai baju warna hitam .. Abang Ijad uh pakai baju warna apa agaknya ek ?

Then .. bila ramai kakak-kakak consultant dah beli.. baru Abang Ijad datang beli makanan. Dari jauh aku dah nampak dia *walaupun aku ni rabun sikit. Awww !! Dia pakai baju warna hitam jugak lahh ! Samalah kiterr .. hakhak. *jakun.
Dia datang-datang .. dia tanya Cik Lin. *aku, sambil makan kuihbahulu sarawak, aku curi-curi pandang dia. Grrr.. -.-" takde keje.

"Hari ni ada nasi apa Kak ?"

"Macam-macam ada. Nasi ikan dengan kuah asam pedas, ayam goreng .. bla .. bla .. bla .. "

Then, Cik Lin bagi nasi dekat dia. Lepastu, memang dah tugas aku, bagi sudu dekat customer .. kahkahkah !
Aku hulurkan kat dia, dia amik . Aku usha je. Then, dia amek kuih favorite dia. Donut . Makan.

Time nak balik dan bergerak pulak ke tempat lain, aku tergelak-gelak dengan Cik Lin sebab aku cerita kat Cik Lin pasal motor lama yang abah beli dari kawan dia. Haha.. memang lawak gila . Nanti aku cerita .. Aku sampai tergelak-gelak tak boleh nak gelak dah . Bila kitorang nak keluar dari Shopping Mall tu .. Abang Ijad yang jaga tempat baju, dari jauh dia nampak kitorang*dari jauh pun aku nampak dia. aku usha dia.

Bila kitorang lalu je .. dia cakap .. 
" Bye ~ " ..

Ouh ? Okay , what he say ?? .. say dekat aku atau Cik Lin ?? Haha.. berangan aje aku ni. Of coz lah dia kata dekat Cik Lin .. takkan dekat aku pulak kann ?? -.-"

Errr .. *masa mula-mula jumpa tu .. Abang Ijad pendiam .. ?

p/s : apesal aku sibok amek tau pasal Abang ijad tu ? Grr .. -.-" bukan sibok, tapi.. tak sengaja. terdengar orang cakap pasal dia.. sikit-sikit ~ sikit-sikit, dah banyak-banyak info, aku kumpul ar . haha.

No comments: