Sunday 24 February 2013

I'm Blushing !

Assalamualaikum...

Dear Love & Colourful Life  blog ,
Catatan lama:  22 Oktober 2012

Hm ~
Harini hari isnin
Lepas perhimpunan, semua pelajar tingkatan 5 kena tunggu dekat dewan. Ada taklimat tentang jadual peperiksaan SPM. *Wuuu.. takot!

Bila perhimpunan dah habis, tinggal pelajar form 5 ajelah yang ada dekat dewan. Cikgu suruh pelajar perempan yang beratur di barisan belakang, berganjak ke depan, duduk sebelah kanan. Pelajar lelaki pulak duduk seblah kiri. Senang cikgu nak perhatikan siapa yang tak beri perhatian nanti sebab taklimat ni penting! penting ! dan penting ~

Masa taklimat, cikgu minta ketua kelas bangun. Mata aku terus cari Faiz sebab Faiz ketua kelas 5 teknologi. Lepastu cikgu minta mereka edarkan jadual. Mata aku still pandang & cari dia.

Bila dah habis taklimat yang makan masa punya lama tuu..*untuk kebaikan kami, semua balik ke kelas. Ada sesi pemulangan buku teks. Biasalah, dah nak akhir tahun. Buku-buku pinjaman kenalah pulangkan. Lagipun dah nak SPM, so kalau nak ulangkaji, pakai nota mana yang ada ajelah . 

 Sedihnya nak pulangkan buku ni semua. Tak lama lagi nak SPM. Lepastu dah nak habis sekolah ? Terima kasih buku-buku smeua. Jasa korang yang telah banyak beri aku ilmu takkan aku lupakan hingga akhir nyawa aku. 

Ouh my gucci ~ Beratttt nyaaa ! 19 buah buku, dan buku-buku nya pun tebal-tebal belaka.

Waktu rehat :

Kami cadang nak duduk je dekat kelas. Malas nak ke kantin. Malas nak keluarkan duit, nak berjimat sikit. Lagipun, buku teks.. ada yang tak pulang lagi. takut kena curik pulak. Kami tolong jagakan  buku teks kawan-kawan lain. 

Masa kami tengah berborak.. tiba-tiba uztazah mintak kami tolong dia lepas rehat. Lepas ustazah pergi, ada budak dari kelas sebelah ( Jebon ) datang ke kelas kami.  
"Weyhh. Cikgu BM korang panggil pergi dewan."
Dengan serentaknya kitorang cakap. "Asal pulak?" 
Lepastu Syera kata. " Menipu! Aku baru balik dari dewan." 
Jebon dah resah gelisah. Kitorang tanyalah dia, ''cikgu apa?" *apa nama cikgu tu?

Dia jawab. "Alaa .. cikgu sejarah tuu.."

Pulak? Tadi kata cikgu BM? Ni, sejarah pulak? Dah sah-sah ni menipu .. nak curi buku teks kitorang lah tu .. sebab dia sendiri tak cukup buku, dia nak curi orang punya? Ape ke B**gO*g punya otak? Kitorang sergah dan marah dia , terus dia blah dengan kawan dia. kahkahkah ...

Bila semua dah naik,rehat pun dah habis. Baru kitoang rasa lega. Lepas cikgu masuk. Bermulalah sesi pemulangan buku.

Kita terus jela waktu balik, banyak lagi story, tapi .. aku dah buntu nak cerita macam mana? ..

Aku dengan Min tunggu Syikin dekat kantin. Tengah-tengah tunggu.. Tiba-tiba Awin & Syahmi datang lepak sama dengan kitoang. Awin dengan selambanya duduk sebelah aku. Ish! Aku berganjak sikit ke tepi ..

Lepas Syikin datang, Syikin ceritalah fasal ada sorang budak lelaki kelas dia rampas buku fardhu ain dan budak tu nak selak pasal tajuk "Rumahtangga". B*ngO*ng .. Lepastu, Awin tanya pasal solat sunat taubat. Bila waktu yang boleh ditunaikan dan bila tak boleh.

Aku suruh Awin tengok helaian mukasurat tajuk "Waktu-waktu terlarang menunaikan solat." -credit wamozuwaha. 

Dia baca,tapi tak faham? Aku amik lah buku tu daripada dia. Selak helaian, cari.. bila dah jumpa.. aku jelaskan lah dengan terperinci dekat dia. *Aku, kalau cakap dengan lelaki secara dekat, aku bukan pandang lelaki tu, aku pandang tempat lain. pelik kan?
Lepastu Syikin kata
"Cakap , pandanglah mata .. asal tak pandang? Kenapa Raby cakap, pandang bawah? So sweet ... "
Sweet lah sangat Syikin ~ *tangan atas bahu, mata ke atas.
Haha ~ Aku dah malu ... pipi dah macam pakai blusher . I'm blushing !
Gila . Dahla dia dekat, sebelah menyebelah pulak tu. lepas tu nak suruh aku cakap dengan Awin sambil pandang dia? Pandang Faiz (Crush) pun aku terketar-ketar ?             

Awin dengan Syahmi gelak je .. 


Menjaga pandangan mata
 

1. Ketika berbual, pandangan mata hendaklah dijaga agar tidak memandang dengan nafsu syahwat. Pandangan mata adalah satu senjata sulit Iblis dan Syaitan bagi merosakkan anak Adam. Oleh kerana itu, Quran menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan.

Firman Allah :قُلْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ يَغُضُّوْا مِنْ أَبْصَارِهِمْ ... وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ 


Katakanlah kepada lelaki yang beriman agar mereka menahan pandangan mereka… dan katakanlah kepada wanita beriman agar mereka menahan pandangan mereka…” (Surah an-Nur :30-31).
 
2. Tidak melihat aurat orang lain atau berusaha melakukannya. Jika terpandang aurat, maka hendaklah cepat-cepat mengubah pandangan mata. credit to : Amalan harian .


  

No comments: