Thursday, 28 March 2013

Dia panggil aku "akak" ?? + pujian . aww..

Assalamualaikum
Dear Love & Colourful Life blog ,




Hari Khamis / 21.03.2013

Aku pakai maxi skirt, t-shirt biasa n cardigan. Woahahaha.. nampak elegant sehh .. haha.. asyik pakai seluar  jean jee..sekali sekala nak jugak tukar selera. Takde la orang boring tengok kitaaa.. haha..


Depan 77 - Seven Seven

Mula-mula. Kami singgah duduk dekat kerusi depan 77 ( Seven-seven ) *i repeat. Bukan 7eleven ye ... And then, Letak makanan dekat situ. Ada abang ni. Muka dia putih suci. Dengar suara dia n cara dia cakap , Macam orang sabah sarawak. Nama dekat nametag dia, EJAL. Tapi, kawan-kawan dia panggil dia ERRY? Maybe keje dekat  reservation counter kot?   
Dia suka makan crab stick ( popia ketam ), sebab hari-hari dia beli.

Lepastu, Cik Lin panggil staff-staff yang lain. Masa aku tengah serve customer.. ada sorang makcik ni .. datang dekat aku. Dia pandang aku.

“ Ni jual apa ni dik?” Aku dengar macam sleng bahasa indonesia. Ohh, pelancong dari indonesia lahh ..  

Aku pun jawab lah. Terikut-ikut dengan sleng dia.
“Err.. adda nasik lemak, nasik berlauk, kuih muih ..makcik mau apa?” kata ku sambil tersenyum. 

Tetiba dia blah? Eh ?? Aku salah cakap ke?
Then, aku teruskanlah serve customer  yang lain. 

Lepas 5 minit, makcik pelancong indonesia tadi tu datang balik. “ Dik, nasik lemak satu.. sama kuihnya satu ya?” .. Aku pun amik lah apa yang diminta. Terdengar acik tu berborak. “Beli yuk! Banyak makanan dijual ni. Kou mau beli apa. Pesan sama budak ini.”

Aku  pandang belakang makcik pelancong indonesia tu. 

Warghh ! ramainya ?! Rupanya tadi dia blah kejap sebab nak panggil kawan-kawan dia nak beli makanan kami lahh tadi..

“Dik.. aku juga ya. Nasi lemak satu, kuihnya satu .”

Ada 4 orang makcik pelancong indonesia tu.. semuanya order menu yang sama. 
Mana Cik Lin ni? . Aku dah tak cukup tangan dah ni.. 
Fuhh ! Lepas 15 minit serve customer .. akhirnya ! Boleh rehat sekejap.
Tibe-tiba datang seorang abang ni ..
“Err.. Kak ~ boleh bungkuskan nasi lemak ayam enggak?”

Aku ?? tersentak ?? Akak? Akak, dia panggil aku? Aku tpandang dia .. tinggi nya dia ni .. mesti umur 20 lebih. fuhhhh ..
Hensem ? Biasa-biasa je rasanya.  

 Asal dia panggil aku akak? Aku ni nampak tua ke? Maxi skirt ni buat aku nampak tua ke? Sudah terang lagi bersuluh aku ni lagi kecik dari dia? . Ok, nak tergelak sikit.
Tapi en .. dia berbudi bahasa tau . Cakap dengan aku pun macam cakap gentlement guy je .. aww.. cair hatikuu ..

“Ouh, boleh-boleh. Nak nasi lemak ayam goreng atau ayam sambal?”
“Ayam sambal boleh?”
Aku masukkan dalam plastik. Dia tanya . “berapa, kak?”
Hah? Dia panggil aku akak lagi? .. err.. aku tergagap sikit. “Errr.. 3 ringgit aja” 
Dia hulurkan duit sambil cakap. “ terima kasih yaa.”
Aku pun tergagap lagi. “Ouh, iyaa. Sama-sama.” ->> automatik terikut sleng indonesia dia. Ekeke..

5 minit lepas tu dia datang lagi. Dia tanya dekat aku. “Kak, theme park ( sleng indonesia ) nya dimana ya?”

Dia panggil aku “akak” lagi ???? Aku  pun tak faham dia tanya apa, aku suruh dia tanya Cik Lin. Cik Lin kata dia tanya pasal theme park yang dekat outdoor tu. Hah! Aku dah agak diah dia tanya pasal tuu .. Cuma tak yakin, kang aku salah jawab. Dia pulak yang sesat nanti.


SM ( Shopping Mall )
 
And then .. Singgah dekat SM ( Shopping Mall ) *Ohohoho ~ tempat Abang yang selalu aku  usha tuhh .. hari ni tak ramai sangat kakak consultant  yang beli sebab minggu depan dah start cuti sekolah. Diorang banyak cuti. Masa nak keluar dari SM tu, Abang Ijad berdiri disebalik baju-baju dekat dengan pintu masuk/keluar.. Dia pandang kitorang lalu*aku pandang dia .

Then, dia cakap .. “Bye~ ” sambil tersenyum.
Awww ~ Dia cakap dekat aku ke dekat Cik Lin? Aku nak pandang and cakap bye balik kat dia. Tapi, taknak lah perasan sangat. Maybe dia cakap bye dekat Cik Lin ke ? mana tau kan? kang tak pasal-pasal tebal muka je aku. So, aku pandang la tempat lain. Buat tak tau je.

terpesona tak tengok saya. wakakkakaka !  ok, perasan.

 Saloon

Bila singgah dalam Saloon, ada kakak saloon tu puji aku. Nama kakak tu Michelle. Dia rapat sikit dengan aku sebab aku pandai cakap cina sikit-sikit.  Dia nampak aku, dia puji aku dalam bahasa cina.
 "今天看起来很漂亮。(Nǐ jīntiān kàn qǐlái hěn piàoliang.)
“Hari ni awak nampak cantik lah .”

Ok, terasa gembira apabila diri ini dipuji. Setelah sekian lama aku tak terima pujian dari sesiapa. *kesian kan?
Aku pun ucap terima kasih dekat dia. “Xie Xie ~” ..Senyum?? jangan cakap laa .. memang lebar sehh senyum aku

3 comments:

AzZeLo ChoonHo said...

Waaa... Kak Wieya pandai cakap cinaa... nak belajar jugak lar.. hehe.. ^^

Nana Liena said...

kadang2 dress up kita memainkan peranan penting..muka pun kalau dioles sikit pun memainkan peranan penting..hehe..

Love and Colourful life said...

@AzZeLo ChoonHo haha. boleh la sikit. tapi dah lama tak practise sebab dah 7 tahun tinggalkan sekolah cina dulu ..