Wednesday 27 February 2013

Sentap ! Kerana jerawat ..

Assalamualaikum...
Dear Love & Colourful Life blog ,

Ada sorang mak cik tu .. *jiran aku -_-"
Dia tengok muka aku dengan penuh rasa pelik dan ... errr..?

"Banyaknya jerawat kau??"

Aku: "Err.. biasalah .. remaja. Hormon tak stabil."

                                                                                                                                   "Tak stabil yer?"

Aku : "A'ah .. tak stabil .."

 Padahal Sentap !
"Eh, eh ? Sakit pulak hati kiterr" *dialog ala-ala Wawa semput.

Tapi ! Betul lah kan? Gegirl remaja macam kita, hormon still tak stabil ?.. Then, lagi-lagi kalau muka tu gila-gila punya sensitif ? Pakai lah produk muka jenama ape  pun, jerawat tu still tak nak berambus. Nak buat macam mana?
Kecuali lah kalau dah jumpa dengan produk muka yang betul-betul sesuai dengan kulit muka kite.

Pakai make up?
Nak cari nahas?! Lagi bertambah-tambah geng-geng anasir jerawat yang jahat nauzubillah tu . So ? Biar jelah ..  Lainlah macam aku ni. Tangan ni memang tak boleh nak duduk diam. Ada je benda aku nak usik .

Tak dinafikan. Selama jerawat ni bertapak dan membina tamadun on my face .. memang ramai orang tegur. Diorang bukan tegur aku. Tapi, tegur jerawat ..
Asal jumpa je.
                                                                                                                        "ehh? Jerawat... !"

"Eh? Banyaknya jerawat????"

Asal tak terus bersembang je dengan jerawat aku ni? Example.
"Eh? jerawat .. lama tak jumpa .. kau apa khabar sekarang? Dah lama ke kau bertapak dekat muka Raby ni?? Makin bersinar macam traffic light, kau ye.. dah ada anak pun kau ye? Banyaknya .. merata-rata pulak tuu .. lepas ni mesti tambah sepuluh lagi kan?"

Memang la sentap. Tapi, malaslah nak layan tu semua. Lagi bertambah   stress. Kalau bertambah strees, tambahlah jerawat. Now, dah masuk 18 tahun tapi, birthday lambat lagi .
Adalah pengurangan sikit. Nasib baik lah ada Mak Su and my mama yang baik hati lagi mulia, cuba pelbagai cara. Carikan produk yang sesuai dengan kulit sensitif macam aku.

Walaupun aku ni tak berapa nak lawa.. tapi, nasihat aku .. jagalah muka korang tu. Jangan biarkan mereka meluaskan keturunan dan cucu cicit mereka di muka you all ..
                                                              
                                                                   sekian sahaja ..

Minta kalian doakan supaya anasir jerawat ni cepat-cepat berpindah dari muka kuu .. 
ekekeke ... Amin ..

Bingkisan Hati | Cinta dan Permata

Assalamualaikum...
Dear Love & Colourful Life  blog ,

Hilang permata, Hilang serinya.
Hilangnya cinta, lukanya di hati.
Perlahan-lahan diri ini cuba hidup tanpa cinta.
Hanya kasih yang setia menemani.

Cinta dan kasih terpisah.
Ibarat kumbang hilang bunga yang layu.
Terfikirkan kasih yang tak sudah.
Apa perlu buat? Hanya menunggu ...

Tuesday 26 February 2013

Biri-biri

Assalamualaikum...
Dear Love & Colourful Life blog ,

Catatan lama: 05 Julai 2011

 Time subjek sejarah ..
Cikgu Suryana ada explain pasal tokoh-tokoh islam .. Jarir,  Umar ibn Abi Rabi'ah, Jamil Al-Uzri, Hasan Al Basri, Al-FaRabbi, Al-Masri, Al- Farazdaq.. banyak lagi laa ..

Lepastu tiba-tiba, Ilman menyampuk. Dia sambung pulak ayat cikgu.
"Al - Biri-Biri"

haha.. bengong je ..

Joy to replace sadness

Assalamualaikum...
Dear Love & Colourful Life  blog ,

Catatan : 28 September 2011

Hmm ...
Kesedihan semalam, digantikan dengan kegembiraan pada hari ini. ^.^ *Alhamdulillah ~
Lalalala ~


 Hari ni, every second, every minutes, every hours, every day  I was reminded of him. Tak boleh lupa?
Waktu subjek Sastera, Syera ternampak plaster luka  yang ditampal dekat tangan aku .. Haish, tak sampai 1 minit? Dah kena bahan?*kena ejek.

Bila dah kena, Haaaa .. sampai pulak dekat telinga Mamat .. Hadoiyy .. mulut die, dahla .. potpetpotpet je ... lagi teruk aku kena ejek . *sedihh ..

Waktu agama pulak, Mamat nampak lagi palter dekat tangan aku ni. Dia ajak Azmi bahan aku sekali. Huh! Lepas tu Min pulak nak pergi tandas. Ustaz tengah round dalam kelas, Min panggil laa ..
Min: "Ustaz."
Ustaz: "Ada ape?"
Min:" Nak pegi tandaz, ustaz."
Ustaz: "Saya dah agak dah... awak panggil saya ni tak lain tak bukan nak pegi tandas lah tuu .. ok. saya bagi awak 2 minit 10 saat."
Aku: "3 minit, Ustaz."
Ustaz: " 2 minit"
Aku: "3 minit laa .."
Ustaz:" tade2. Saya catat masa ni. pergi sekarang .. "

Haha .. berlaku tawar menawar pulak . kelam kabut lah kitorang pergi .. dengan lajunya kitorang pergi tandas melintasi kelas Faiz. *kelas dia dekat sebelah tandas. Haha .. assl nak usha dia je mesti buat alasan nak ke tandas .. hoho ..

Lepas rehat, ada subjek seni ..
Kena turun ke bilik seni .. time turun tangga.. Mamat dah bersiap jadi penunggu tangga.. Dia nampak je aku, dia dah bising ~
"Haa.. budak jatuh basikal .. !!"

Aiyy.. nak kena dia ni .. kang ada jugak yang makan tangan kau ni nanti .. budak-budak lain yang lepak dengan dia, pandang je aku. Aku sorok ar tangan yang luka berbalut tu .

lepastu, time seni, kitorang ada buat batik. Besttt ~
 Time tengah melukis, tetibe Mamat tegur ... "Sakit ke Raby? Berdarah ke?" Sambil tengok-tengok tangan aku. Aiikk? Caring nampak? Tadi bukan main lagi ejek orang ?? Hm .. aku diam je .. no respon ..

Oh ya ! Ni part yang bestttt !
Time balik, ingatkan nak stayback dekat sekolah.. nak buat batik. tunggu dengan Min dekat depan bilik seni. sambil tuu .. tangan ni tak boleh nak duduk diam. dok betulkan tudung mana yang senget, yang kemek tuu , mengadap cermin tingkap.

Tetibe, ada suara yang menegur dari belakang? "Dah-dah ... dah lawa dah tuu .. "
Aku pandang belakang. Ohh .. Faiz  .. ! Ohmy .... tersengihhhhh je ..aku.

Sunday 24 February 2013

Excident basikal, macam excident motor je?

Assalamualaikum...
Dear Love & Colourful Life blog ,

Catatan lama: 27 September 2011

Balik dari sekolah, letihhh nyaaa ... Tido lah sekejap. tiba-tiba Fon berbunyi. Mus call. Alamak ! terlupa pulak? Dah janji dengan Mus nak pergi kedai buku ! Bila dah siap-siap .. and then, pergi . Ajim ikot sekali..

 Bila sampai dekat jalan menurun bukit, jalan menuju ke jalan besar tu .. aku try brek basikal ..
Uwaaaa !
Basikal  tak ada brekk !  Macam mana ni? Aku tak ada pilihan lain. benda pertama yang aku fikir ..
Lompat dari basikal .. *macam dalam cerita adventure tuu ..

Aku try lompat dari basikal time basikal tu tengah turun bukit . Perghhh ! Aku jatuh tersungkur macam nangka busuk ! Lepas tu cepat-cepat aku bangun .. nasib baik tak ada orang yang nampak .. Aku angkat basikal ke tempat yang selamat .. and then, betulkan tali brek dengan tangan yang berketar-ketar dan luka berdarah.

Pedihhhh !

Rasa nak nangis je . Tapi, tahannnn je .. Lepastu teruskan jalan. Bila dah nak sampai dekat rumah Mus, aku check fon aku. " Eh? Mana fon aku?! Mana?". Aku mintak adik aku, ajim pergi tengok dekat tempat aku excident tuu .. Nasib baik jumpe ..

Ujian dari Allah SWT .

Bunyi pelik yang aku dengar.

Assalamualaikum...

Dear Love & Colourful Life  blog ,

Pagi buta tadi aku tak dapat tidur .. aku tulislah entri ni .. dah pukul 2:30 pagi. So ? Semua dah tidur lah ? Aku sorang je yang tak tidur lagi. Tengah taip entri ni .. tiba-tiba, aku terdengar sesuatu.

Krrrrkkkk ... krrrkkkk ...

Macam? SOmething berjalan atas siling bilik aku, lepastu diselangi dengan bunyi cakaran? Kalau terdengar bunyi cakaran, kan terasa nyilu kan?.. BUnyi tu macam berjalan?

Daripada kiri bilik, nak ke kanan bilik..Termasuk ni, yang ni dah kali kedua aku dengar . Kali ni memang aku takut gila. Aku baca doa banyak-banyak. Aku buat taktahu je. Hati aku memang berdebar-debar! Dah la tidur sorang-sorang dalam bilik . Tak ada sesiapa temankan.

Lepas bunyi tu dah tak kedengaran lagi, aku ke bilik mama. AKu bagitau mama apa yang aku dengar. Serius ! Macam nak nangis je rasa. Aku pulak kena marah sebab tak panggil mama time bunyi tu ada. Mama pergi dekat bilik, tengok/dengar bunyi tu. tak ada ?

Selang setengah jam kemudian. aku terdengar lagi .. ! Bunyi tu macam berpatah balik, kali ni daripada kanan ke kiri. Aku betul-betul takut ! 

Pintu bilik yang terkuak sikit, aku bukak, aku terus berlari ke bilik mama dengan perasaan takut terketar-ketar.  Cari mama dalam bilik yang gelap tu, sampaikan aku tak perasan yang aku terlanggar kepala adik yang tidur mati dekat lantai beralaskan toto dalam  bilik tu. Adik ke 3 - 5. Dorang memang tidur dengan mama n abah

Sikit lagi aku nak tersungkur. Mama pun terkejut, cepat-cepat ke bilik aku nak dengar bunyi apa yang mengganggu tu. Kucing ke? Tapi, takkan lah kucing buat bunyi seram macam tu? Nak gugur jantung aku dibuatnya !

Mama tengok lah dekat siling . Tak ada pun bunyi tu? OK fine ! Aku dah lemah semangat. Aku off laptop , terus capai selimut dengan bantal peluk aku. Then, tidur.  Mama stay sekejap dekat hujung katil. Temankan aku & nak dengar bunyi tu. Tapi, 15 minit mama duduk situ .. bunyi tu memang tak ada lagi.

Aku amik bantal, selimut and bantal peluk. Aku bawak ke bilik adik aku dekat sebelah. 

Aku tidur sana. I'm not joking okay  ! Aku betul-betul dengar bunyi tu .. sounds weird and creepy !

Kalau nak kata, pencuri ? Apesal ada bunyi cakaran sekali? Nak kata ular? Ular mana ada kuku? Pakai kuku palsu ka? 
Ya Allah .. Engkau lindungilah hambamu ini daripada sebarang bahaya, bencana dan sebarang gangguan jin dan syaitan. Ya Allah... 
   

I'm Blushing !

Assalamualaikum...

Dear Love & Colourful Life  blog ,
Catatan lama:  22 Oktober 2012

Hm ~
Harini hari isnin
Lepas perhimpunan, semua pelajar tingkatan 5 kena tunggu dekat dewan. Ada taklimat tentang jadual peperiksaan SPM. *Wuuu.. takot!

Bila perhimpunan dah habis, tinggal pelajar form 5 ajelah yang ada dekat dewan. Cikgu suruh pelajar perempan yang beratur di barisan belakang, berganjak ke depan, duduk sebelah kanan. Pelajar lelaki pulak duduk seblah kiri. Senang cikgu nak perhatikan siapa yang tak beri perhatian nanti sebab taklimat ni penting! penting ! dan penting ~

Masa taklimat, cikgu minta ketua kelas bangun. Mata aku terus cari Faiz sebab Faiz ketua kelas 5 teknologi. Lepastu cikgu minta mereka edarkan jadual. Mata aku still pandang & cari dia.

Bila dah habis taklimat yang makan masa punya lama tuu..*untuk kebaikan kami, semua balik ke kelas. Ada sesi pemulangan buku teks. Biasalah, dah nak akhir tahun. Buku-buku pinjaman kenalah pulangkan. Lagipun dah nak SPM, so kalau nak ulangkaji, pakai nota mana yang ada ajelah . 

 Sedihnya nak pulangkan buku ni semua. Tak lama lagi nak SPM. Lepastu dah nak habis sekolah ? Terima kasih buku-buku smeua. Jasa korang yang telah banyak beri aku ilmu takkan aku lupakan hingga akhir nyawa aku. 

Ouh my gucci ~ Beratttt nyaaa ! 19 buah buku, dan buku-buku nya pun tebal-tebal belaka.

Waktu rehat :

Kami cadang nak duduk je dekat kelas. Malas nak ke kantin. Malas nak keluarkan duit, nak berjimat sikit. Lagipun, buku teks.. ada yang tak pulang lagi. takut kena curik pulak. Kami tolong jagakan  buku teks kawan-kawan lain. 

Masa kami tengah berborak.. tiba-tiba uztazah mintak kami tolong dia lepas rehat. Lepas ustazah pergi, ada budak dari kelas sebelah ( Jebon ) datang ke kelas kami.  
"Weyhh. Cikgu BM korang panggil pergi dewan."
Dengan serentaknya kitorang cakap. "Asal pulak?" 
Lepastu Syera kata. " Menipu! Aku baru balik dari dewan." 
Jebon dah resah gelisah. Kitorang tanyalah dia, ''cikgu apa?" *apa nama cikgu tu?

Dia jawab. "Alaa .. cikgu sejarah tuu.."

Pulak? Tadi kata cikgu BM? Ni, sejarah pulak? Dah sah-sah ni menipu .. nak curi buku teks kitorang lah tu .. sebab dia sendiri tak cukup buku, dia nak curi orang punya? Ape ke B**gO*g punya otak? Kitorang sergah dan marah dia , terus dia blah dengan kawan dia. kahkahkah ...

Bila semua dah naik,rehat pun dah habis. Baru kitoang rasa lega. Lepas cikgu masuk. Bermulalah sesi pemulangan buku.

Kita terus jela waktu balik, banyak lagi story, tapi .. aku dah buntu nak cerita macam mana? ..

Aku dengan Min tunggu Syikin dekat kantin. Tengah-tengah tunggu.. Tiba-tiba Awin & Syahmi datang lepak sama dengan kitoang. Awin dengan selambanya duduk sebelah aku. Ish! Aku berganjak sikit ke tepi ..

Lepas Syikin datang, Syikin ceritalah fasal ada sorang budak lelaki kelas dia rampas buku fardhu ain dan budak tu nak selak pasal tajuk "Rumahtangga". B*ngO*ng .. Lepastu, Awin tanya pasal solat sunat taubat. Bila waktu yang boleh ditunaikan dan bila tak boleh.

Aku suruh Awin tengok helaian mukasurat tajuk "Waktu-waktu terlarang menunaikan solat." -credit wamozuwaha. 

Dia baca,tapi tak faham? Aku amik lah buku tu daripada dia. Selak helaian, cari.. bila dah jumpa.. aku jelaskan lah dengan terperinci dekat dia. *Aku, kalau cakap dengan lelaki secara dekat, aku bukan pandang lelaki tu, aku pandang tempat lain. pelik kan?
Lepastu Syikin kata
"Cakap , pandanglah mata .. asal tak pandang? Kenapa Raby cakap, pandang bawah? So sweet ... "
Sweet lah sangat Syikin ~ *tangan atas bahu, mata ke atas.
Haha ~ Aku dah malu ... pipi dah macam pakai blusher . I'm blushing !
Gila . Dahla dia dekat, sebelah menyebelah pulak tu. lepas tu nak suruh aku cakap dengan Awin sambil pandang dia? Pandang Faiz (Crush) pun aku terketar-ketar ?             

Awin dengan Syahmi gelak je .. 


Menjaga pandangan mata
 

1. Ketika berbual, pandangan mata hendaklah dijaga agar tidak memandang dengan nafsu syahwat. Pandangan mata adalah satu senjata sulit Iblis dan Syaitan bagi merosakkan anak Adam. Oleh kerana itu, Quran menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan.

Firman Allah :قُلْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ يَغُضُّوْا مِنْ أَبْصَارِهِمْ ... وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ 


Katakanlah kepada lelaki yang beriman agar mereka menahan pandangan mereka… dan katakanlah kepada wanita beriman agar mereka menahan pandangan mereka…” (Surah an-Nur :30-31).
 
2. Tidak melihat aurat orang lain atau berusaha melakukannya. Jika terpandang aurat, maka hendaklah cepat-cepat mengubah pandangan mata. credit to : Amalan harian .


  

Saturday 23 February 2013

Good luck, awak

Assalamualaikum...
Dear Love & Colourful Life  blog ,

Catatan lama : 05 November 2012

Wahh ! Nervous ! Nervous ! Ya Allah ~
OMG ~ OMG ~ OMG ~ *ayat Lisa Surihani dalam Istanbul Aku Datang..

First day of SPM. Macam tak percaya je? Hm .. boleh ke aku buat mama dengan abah gembira? Mapukah aku?
Lepas hantar Ajim ke sekolah, aku terus ke sekolah. Naik motor .. lesen baru je P baru je dapat bulan 5 lepas. Nak amek lesen pun sampai cirit aku dibuatnya ! Mana tak nya? Aku ni, kalau dah nervous + stress bila fikirkan sesuatu perkara tu .. mulalah aku sakit perut .. Grrr ..

Bila dah parking motor tuu .. pergi dekat Min, dia tengah kunci motor.
Ternampak pulak, Faiz ada dekat motor dia, dengan kawan-kawan dia yang lain. *mata aku ni asyik pandang diaaa je?

Hati aku  ni.. nak tegur dia, tapi .. once again. Tak terluah ? Suara tersekat dekat kerongkong. *Telan air liur jela . Tetibe ~ Faiz panggil aku. 
"Rabiatul  ~"
 Awww .. suara itu .. seperti aku pernah dengar sebelum ini? Suara yang dapat memikat hatiku kepada orangnya .. Crush aku .. Wahhh .. automatik aku pandang dia. Dia cakap
..
"Good luck .. "
Aku pulak? Mula-mula agak terkedu jugak? Tak sangaka dia akan tegur ? Tapi, yang penting .. hati ni berbuunga riang seperti berlari di taman yang penuh dengan bunga-bunga. Entah dari mana datang kekuatann untuk bersuara, Dengan mesra penuh senyuman manisku.. aku kata . 
" Ok, good luck jugak! " 
  Muahahahaha ..eh ? dah boleh keluar pulak suara ni? dalam hati ni dah bergembiraaaa sangat dah .. Alhamdulillah .. 
dia tegur aku ..   

Hampa

Assalamualaikum...
Dear Love & Colourful Life blog ,

Nak tahu?

Tadi , adik aku mintak tolong hantarkan dia ke MarryBrown sebab dia nak lepak dengan kawan-kawan dia. Mulalah aku tersenyum lebar tanpa sebarang bantahan atau kata-kata . Apa yang ada dalam fikiran aku.. cuma nak tengok dia ( crush ) dari jauh. Itupun dah cukup untuk membuatkan aku gembira.

Aku ada mention tentang dia dalam entri ni .. Dalam entri lain pun  banyak ..
korang boleh geledah sendiri , kalau rasa nak baca entri lain.

Bagi perempuan/wanita ..
Dengan melihat orang yang dia sayangi dari jauh, itupun dah cukup untuk membuatkan dia tersenyum. Aku selalu macam tu .. aku tengok je orang yang aku suka .. terus tersenyum aku. Kemudian..

Aku pun, mulalah bersiap .. sekadar bedak compact dan lip ice je .. sebab aku memang simple orangnya. Memang tak reti nak pakai bedak tebal-tebal ala-ala artis hollywood tu. Bila dah sampai di MarryBrown .. aku pun usha lah motor dia dekat tempat parking motor tu .. tengok-tengok ???
Tak ada ..

Luluhnya hati ~
Benarlah ..
kalau Allah dah tetapkan sesuatu untuk kita .. walau kita cuba mengubahnya sekalipun .. tak akan berlaku .. kerana itu memang kehendak-NYA .

Maafkan aku

Assalamualaikum...
Dear Love & Colourful Life blog ,




Tak ku ulangi kesilapan itu. Maafkan aku. Mengguris hatimu

Berilah ku ruang. Perbaiki diriku. Aku merayu. Kembali padaku. Rindu pengubat luka.



Friday 22 February 2013

Toi - Rindu pengubat Luka

Assalamualaikum...
Dear Love & Colourful Life blog ,

Pertama kali dengar ..
terasa rentaknya ada menghiburkan hatiku yang berduka lara.
Pabila dihayati betul-betul liriknya ..

Baru aku faham ..
Kisah yang dibayangkan melalui lirik tersebut lebih kurang samanya dengan kisah dalam kehidupan aku yang tak berapa nak fofulerr sangat tuuu .. Memang sedih . Tapi .. inilah kehidupan yang harus kita tempuhi ..

Jujur aku cakap .. aku suka dengan lagu ni .. ada terasa tenangnya.

enjoy it .

credit to . TheHanaluluy - youtube

Lirik Toi - Rindu Pengubat Luka .. Ost Kerana Sarah ( Azalea TV3 )

Seringkali ku terkenang
saat kau tersenyum
lalu memandangku

Tapi kini pabila kau tiada di sisi
ku terdampar layu
beralunan sepi
Melayang-layangku dihembus bayumu

Tak ku ulangi
kesilapan itu
Maafkan aku
Mengguris hatimu

Berilah ku ruang
Perbaiki diriku
Aku merayu
Kembali padaku
Rindu pengubat luka.

Ku masih memerlukan belaian kasih
dan tawa mesramu .
Kau seret ku ke dalam rongga hatimu
Salut kerinduan
Menggamit menusuk di kalbuku

Terangi hidupku dengan cahayamu

Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku mengguris hatimu
Berilah ku ruang
Perbaiki diriku
Aku merayu
Kembali padaku
Rindu pengubat luka


Walau ku dilupakan
namun jangan kau lupakan detik bersama ..

Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku mengguris hatimu
Berilah ku ruang
Perbaiki diriku
Aku merayu
Kembali padaku
Rindu pengubat luka


Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku mengguris hatimu
Berilah ku ruang
Perbaiki diriku
Aku merayu
Kembali padaku
Rindu pengubat luka


Thursday 21 February 2013

Busuk la stokin kauuu ...

Assalamualaikum...
Dear Love & Colourful Life blog ,

Catatan lama: 23 September 2011

Datang ke sekolah. Ingatkan Mamat tuh tak datang? Aiyy .. datang pulak? tapi, dia tak masuk kelas. Ponteng .. Macam sekolah bapak dia je? Suka hati dia je nak masuk kelas ke tak nak? Bila dah masuk, buat hal pulak?

Lepas rehat, kitorang ajak cikgu belajar dekat PSS ( Library ).. tapi, bila dah sampai.. haha .. buat hal masing-masing . Ada yang study, ada yang main-main je. Ada yang duduk atas lantai, ada yang duduk di sebalik rak-rak buku sebab nak amik angiin air cond .. haha ..

Mamat datang dekat tempat aku duduk dengan Min & Mus. Bila dia datang je, tibe-tiba bau " something" ?? Eiuu ... bau stokin. haha .. berapa lama tak basuh ni??  Smeut *oppss, semut . pun boleh mati disebabkan terlebih sedut gas busuk yang berpunca daripada stokin dia tuu ..

Haih ! Dah tu? Tak mengaku pulak?
Aku, Min dengan Mus ... ketawa terbahak-bahak sebab gelakkan dia . Mamat tak puas hati, dia bukak stokin tu.. dia bau .. *Eiuu .. dia tak puas hati lagi? Dia suruh Azmi bau pulak? haha .. Azmi pun lari .

Rasa bahagia bila dapat ketawakan dia. Sampai sakitperut aku sebab banyak ssangat gelakkan dia. Bila dia tak tahan kena gelak dengan kitorang, dia bertindak dengan mengeluarkan senjatanya ! Dia melibas aku dengan stokin busuk dia tuu .. OMG ~

haha .. Aku gelak besar je .. tau pun malu . Tula, buli orang lagi.

Dia pandang ?? Kantoi dahh ..

Assalamualaikum...
Dear Love & Colourful Life blog ,

Catatan lama: 18 Mei 2012

Sambungan daripada Dia pandang ??
Hmm .. hari ni ada exam pertengahan tahun. Exam Pendidikan Seni. #betapa stressnya aku dengan subjek favorite ku ini ..


 And then, bermula lah saat-saat aku ke sekolah ~ parking moto dekat tempat parking moto.. Tanggalkan helmet , pandang tudung.. kot-kot ada yang comot ke? kemek ke ..
"Eh? Mana lencana aku?" Masa aku iron tudung tadi.. ada .Takkan tertanggal kot? terbang ke masa bawak moto tadi?"
Hah? Apelagi? Menggelabah la cari lencana aku. Selak punya selak, tengok-tengok. Lencana dekat bahagian dalam.. "Eh? Aku pakai tudung terbalik ke?"

Tengok-tengok .. "Arghhh ! Iye lahhh .. alamak ! Macam mana ni?"
Yeah ! Idea yang terlintas di fikiran aku.. Ya ! Tutup dengan beg . Aku teruskan jalan sampai ke dewan. Dalam dewan pulak tak boleh bawak masuk beg. Kena letak dekat luar .. Tapi , macam mana dengan tudung aku?

Hm, pasrah jela . masuk dewan, buat tak tahu je, macam tak ada apa yang berlaku. Berdiri dalam barisan kelas. Tiba-tiba, Wani tegur . "Eh? Raby. Awak pakai tudung ... " Belum sempat Wani habis cakap, aku tergelak .. Aku cover-cover la nak tutup tudung aku yang pakai terbalik tu ..

Bila perhimpunan dah bersurai, cepat-cepat aku pecut pergi tandas, nak betulkan tudung yang aku pakai terbalik tu ..and then, masuk dalam kelas. Exam pun mula ..

Aku melukis dengan penuh inspirasi. Hanya berharap agar semua yang aku lukis akan menjadi.. Lepastu, its time for colouring ! Mewarna. Dua kali aku ulang alik ke tandas semata-mata nak tukar air. Bukan tukar air ape? Kami sebagai budak seni *yang tak berapa nak seni ni.. , kena jaga kualiti lukisan yang kami hasilkan .Kalau air cuci berus tu dah jadi warna gelap/hitam .. kena tukar, kalau tak dengan lukisan-lukisan sekali jadi warna hitam . Kan dah rosak ?

Mewarna pun pakai berus & colour poster tu. Cikgu tak bagi pakai pensil colour sebab, kalau pakai pensil colour .. markah yang dapat just 15/100 .. Haaa , engkau ! Sia-sia je melukis, lepastu dapat markah macam tu ..

Kalau pakai colour poster pulak, dapat markah paling tinggi berdasarkan lukisan yang dah kita hasilkan ..  sekurang-kurangnya dapat 30+ /100 .. Haa .. untungkan ? .. Tapi, kena hasilkan lukisan yang lebih MANTAPPPP laa .. kalau buat yang cincai boncai, rasanya sama aje kot dengan markah pakai pensil colour. paling teruk pun dapat 5/100. Wahahahahaha ...

OK, dalam lukisan tu .. tajuknya lukisan sungai. Ada sebatang pokok tumbang merintangi sungai tersebut dan ada seekor burung bertenggek di atas dahan pokok itu.

Ilman Amin, datang tempat aku. Dia tu memang tak makan saman. Time, ujian pun dia boleh jalan-jalan dalam kelas semata-mata nak tengok lukisan orang lain. Lepastu, kutuk . Ceh ! Dia datang tempat aku, dia tengok.. aku ada lukis burung, ada ke dia kata penguin ? Jauh bezanya ??

"Kau lukis penguin, Raby ? "

 Dia ni ~ suka buat orang marah .

                           "Penguin ? Ni burung lah. Burung dengan penguin pun dah tak boleh nak bezakan ke ?"

"Huh! Buruk ! tengok aku punya, lagi lawa dari kau punya. "

Dia tunjukkan lukisan dia .. Huh! Lagi teruk dari aku. Cincai bocai. Dia malas nak buat lah tuu ..

Petang : Dekat tempat tuisyen sekolah.

Bila tuisyen dah start, seorang demi seorang yang datang. Tepukan yang gemuruh diberikan kerana dapat hadir.  Aku, Min, yan duduk role ke 3. Tiba-tiba Afiq duduk kat belakang kitorang, role ke 4. Biar jela kan?

Lepas tu, masa kitorang dengar Cikgu Ayu bercerita dekat depan, tetiba aku terdengar ada orang tarik kerusi, n then duduk dekat belakang tempat aku duduk. Aku pandang laa.. "Argghh ! Faiz ! " Aku jerit dalam hati.

Aku buat taktau je. Pretend nothing happen. teruskan mendengar cikgu berstory mory. Suddenly again ! Aku terdengar ada orang nyanyi. Mula-mula dia nyanyi lagu ape entah? lepastu, tiba-tiba dia Harapan-Hyper Act.
"Harapan ~
Harapan menjadi layu ~ "

OMG ! Lagu Favorite aku sekarang. Lagu tema Seindah Sakura ! .. Aku terdengar lagi dia nyanyi. Macam suara Faiz? Aku tengok la. Jeling-jeling sikit. mamat mana laa yang nyanyi tuhh .. Eh ? Betul la suara Ayie . best ar ! *haha .. rasa nak lompat-lompat je .
 Cikgu Ayu suruh buat karangan fasal Hari Guru. Sambil aku buat,aku fikir idea.

Aku baringkan kepala aku dekat atas meja, mengadap sebelah kanan. Urghh .. boringnyaa ~
5   minit lepas tu, aku pandang pulak sebelah kiri. Tengok-tengok, Faiz dah duduk dekat sebelah aku? Eh? Bila masa pulak dia duduk? tetiba dia talk dengan aku.
"Semalam tido dalam kelas eaa?"

Jantung aku tersentap! Darah aku bagaikan menyerbu ke pipi. Pipi pulak, terasa kebas semacam ! Alamak ! Pipi aku nak merahhh ! Ehem2 ! Cover .
"Eh? nampak ke? Eiiyy, tak malu la tengok owang tido .. "( aku tersengih-sengih )
"yelaa .. dah betul-betul mengadap pintu pulak tuu .."
"Ala.. nampak ke? tak nampak kan? Tak nampak kan?"
"nampak ~"

Lepastu, dia gelak, dia blah ..

Aku betul-betul terkejut ! Gila ar ! Dia tegur aku? Aku tergagap .


Senarai idea semata-mata nak curi-curi tengok dia

Assalamualaikum...
Dear Love & Colourful Life  blog ,


Lamanya cuti, sementara nak tunggu result SPM 2012 ni.. boring betul.
Kelmarin ..

Yan ada mesej..
"Ayie kerja dekat MB"   *MarryBrown

 Omg ! Yeke? .. Dalam kepala aku ni dah fikir macam-macam dah.. kalau ikutkan hati aku ni, nak je pergi serbu MarryBrown tuu .. Tapi .. takkan lah? Semata-mata nak jumpa dia? Crazy ka? Nanti orang fikir ape pulak?

Rambut sama hitam, otak lain-lain kan?

Aku ni, kiranya secret admirer dia laa .. *pemuja rahsia . Actually, memang aku rindu nak tengok wajah dia, senyuman dia.. setelah sekian lama aku menyepikan diri. Entahlah. Maybe sedih + membawa diri, sebab dia dah berpunya.. *Hmm.. asyik layankan sangat perasaan. Itu yang jadi macam ni..

Ouh yaaa ! Hati aku memang membentak-bentak nak tengok dia dekat Marrybrown tuuuu ... atau? Aku boleh pretending to be a customer ? Ya ! Good idea .. OK, next .

# Idea 1 - Masuk dalam Marrybrown. Jalan ke kaunter. Senyum. Order makanan.Sambil tuu, curi-curi la tengokk dia .. then, bawak makanan ke tingkat atas. Makan ~ 

Tapi, Takkan lah, datang Marrybrown nak makan je? Sorang pulak tu? Aku nak berborak dengan siapa?.. Alaa .. Masalah lagi ..? Takkan nak ajak adik? Malaslah. banyak songeh .. banyak kerenahh ..
Nak ajak kawan? Masing-masing keje .. bukannya dapat cuti sama-sama? Malaslah nak kacau diorang.

# Idea 2 - Ha ! Bawak laptop ! .. Masuk dalam MarryBrown, order makanan .. tengok-tengok, "dia" ada tak? .. then.. naik ke tingkat atas .. online ~ 
kat Marrybrown kan ada Wifi .. Tapi, takkan nak online je? Boring pulak? Aku pretend datang situ nak curi-curi tengok dia.. bukan nak online? Walaupun,

Sambil menyelam minum air ..

tapi, dah tersasar dari target aku? Masalahnya, aku tak tahu.. dia kerja bahagian dapur ke? Bahagian customer service?

# Idea 3 - Hm~ Let me think . Urm .. upah seorang lelaki 
hensem
muda
umur dalam lingkungan 17-25 sahaja 

jadi couples. Khonon-kononnya, saje nak makan-makan dekat situ .. *perghhhhhh ! Cari bala betul .. memang cari nahas! kang tak pasal-pasal orang tu kidnap aku, then mintak duit tebusan. Aaaaaaaaa ~ ape aku nak buat ni?

# Idea 4 : Pretending to be a customer tu, dah ok dah .. justt .. ha ! Try taktik menyamar pulak. Pakai dress superb yang memang aku tak pernah test selama ni .. tudung, dan spect mata hitam. haa .. kalau aku buat macam tu, dia cam aku ke tak?   *Eh? nanti nampak macam .. lain macam pulak?

# Idea 5 : *Grrr ! Dah penat memikir ni .. ha ! Jalan-jalan dekat area Marrybrown tuu .. and then, masuk. pergi dekat kaunter.

"Assalamualaikum .. nak tanya, dekat sini ada kerja kosong tak?"

mintak kerja.. haha .. *Memang nak cari hahas, aku ni. Kerja yang dah ada ni nak campak mana pulak? kang tak pasal-pasal mati katak je sebab penat bekerja tak tido-tido.


Lastly ...

# Idea 6 : Pakai jubah dan purdah ala-ala wanita arab, datang order makanan dekat MarryBrown tuu .. cari tempat nak makan .. sambil tuu .. boleh usha dia dari jauh ? Eh ? Dah pakai purdah ? macam mana nak makan?.. kalau bukak purdah nanti? kantoi la aku ?
Lastly ...

Hm .. setelah banyak idea be*gong dan tak betul yang aku fikirkan semata-mata nak tengok dia .. aku pun decide nak mengalah. Biar jelaa dia kerja situ dengan aman. Kang tak pasal-pasal ganggo fokus dia pulakk ? Kang ~ tak pasal-pasal jugak, awek dia datang attack aku dengan bom sebab mengade-ngade nak usha pakwe diaa ..

Kadang-kadang kita perlu berkorban .. mesti ada hikmah disebalik sesuatu yang terjadi.