Saturday 30 March 2013

perfect guy

Assalamualaikum
Dear Love & Colourful Life blog ,


I wonder ?

Dulu, waktu zaman kanak-kanak Ribena. Kawan-kawan ramai yang suka beli buku lawa-lawa or comel untuk dibuat "Buku Biodata Kawan-kawan Ku" .

Mostly, THE GIRL.  do you understand what I mean right?

Ok. dah nama pun, buku biodata. Segala apekebenda tentang diri kita ditanya dalam buku tu. Dan kita pun kena senaraikannya. ( -.-" )

Macam-macam soalan dalam buku tu. Aku pun pernah buat dulu. Sampai 5 naskhah buku rasanya, Sebab asyik-asyik hilang? So, aku rajin buat yang baru. Masa first time mintak diorang tuliskan all the question that I ask , memang excited lahh. Tapi, lama-lama dah banyak kali buku hilang, banyak kali jugak aku mintak diorang tulis semula. Diorang dah fed up. Harharhar .. Dah malas dah nak layan aku. *kesiaannn.

Selalunya, perempuan yang rajin buat benda-benda macam ni .. lelaki malas sikit sebab diorang kadang-kadang malas menulis. Tapi, kalau dia bagi info tentang diri mereka dan kita yang tolong tuliskan untuk mereka . Diorang nak lah .. Hhaha . Isn't right ?
Perempuan pulak nak lelaki tulis sendiri sebab mungkin nak tengok tulisan diorang.

Antara list tersebut .. nama penuh, umur, alamat, hobi, makanan dan minuman kegemaran, tarikh dan tempat lahir, no telefon, impian, ciri-ciri lelaki/perempuan idaman . Haha .. Ouh yeahh .. Mulalah masuk soal cinta cintun kan ? .

Dulu, kawan aku tulis cenggini soalan die. " 5 Ciri-ciri pasangan idaman anda" 
Haha. Dia minta 5 ciri-ciri.

Pedulik ape aku? Aku listkan sepenuh-penuhnya dan sebanyak-banyaknya sesuka hati aku. Memang sejujurnya, waktu tu pemikiran yang masih mentah, aku nak seorang  lelaki yang sempurna di mata aku . 

1. Rajin
2. Taat pada agama.
3. Soleh
4. Hensem macam Shaheizy Sam dan Tomok.
5. Gagah seperti Tom Willing ( Clark Kent_Smallville ) tu.
6. Awesome like Bruce Wayne ( Christian Bale_Batman ) *bibir dia seksi woo .. cuba tengok google.

                                *See? I've told you right ?

7. Memahami diri ini .
8. Tak panas baran
9. Penyayang
10. Romantik
11. Pandai buat lawak
12. Menghargai
13. Pandai ambil hati orang tua *cis ! macam dah konfem/yakin sangat nak bawak jumpa parent?? Kene tendang baru tau.
14. Baik hati


Tapi, itu dulu. Khayalan dan angan-angan aku semata-mata. Kihkihkih ~

But now? Bila dah makin dewasa, and bila kita jumpa first love. 
Something's wrong? . 
Not something wrong ?! 
Everything is wrong ~

Waktu tu kita akan lalui yang Kita akan menyangka .. Everything is perfect ! .
Semua ciri-ciri yang aku dah pernah senaraikan dulu .. aku tolak ke tepi dan buang jauh-jauh .Buang dalam longkang. Aku amik, mana yang penting aje. 
Tapi, 
Bila bercinta :  " He's the one ! He's the one ! .. " *excited rasa macam nak melompat!
Bila dah tak sehaluan : " He's not the one ! he's not the one ! .." *geram tumbuk-tumbuk teddy bear.

 Haha.. Cinta. kadang-kadang indah, kadang-kadang pahit, kadang-kadang kelakar jugak.

Sekarang, aku tahu. Makin lama, kita sedar dari mimpi. Kita hidup di dunia realiti.  Tak semua yang kita impikan, kita akan dapat. Sebab, manusia tak ada yang sempurna kan?  Segala kekurangan yang ada kita kena terima sebagaimana orang lain terima kekurangan kita. 
 
Tapi, macam aku cakap tadi. Bila kita makin meningkat dewasa ni .. apa yang penting ..
Sebuah perhubungan yang ikhlas, jujur, cinta atas nama Allah. 

Kalau nak bonus lagi .. Mestilahh yang Beragama islam, Asalkan sedap mata memandang, penyayang, seseorang yang boleh protect kita, hormat menghormati sesama sendiri,  menghargai and terima kita dan family seadanya. Penyayang. Most important, tak merokok! dan se-handsome Izzue Islam . Aww.. 


#haha, banyak jugak ciri-ciri yang aku senaraikan. macam cerewet aje kan?


apa yang aku cuba nak beritahu dekat sini ...  

" Bila kita jumpa the right person, kita akan terima dia seadanya. "

Sekian .. *aku nak tulis panjang lagi entri ni. Tapi, mesti ramai yang tak baca kan? tengok gambar Izzue Islam je. haha .. 

Friday 29 March 2013

1 Litre of tears ( 2005 ) Full Movie

Assalamualaikum
Dear Love & Colourful Life blog ,

Aku saje godek-godek you tube cari lagu. Tiba-tiba terjumpa movie ni .. maybe aku boleh share dnegan korang yang minat movie Jepun/korea ni .. enjoy it . aku pun baru nak enjoy tengok movie ni sebab tak pernah tengok ..

tajuknye pun dah macam sedih pulak ??

i-city, Shah Alam | Dreams come true

Assalamualaikum
Dear Love & Colourful Life blog ,

Alhamdulillah. Tercapai jugak hasrat dan impian aku nak melangkah ke i-City, Shah Alam ( Bandar Dalam Taman ) kelmarin, hari Rabu.

Actually ..Aku dah lama mengidam/ berhasrat/meluahkan rasa nak pergi i-City sebelum birthday aku lagi. 12.12.12 Tahun lepas. Ingatkan dapat pegi time birthday tahun lepas. Boleh lah terasa ~
" aww.. so sweet .. pergi i-city time birthday ~ " Aku ni jenis yang jiwang-jiwang sikit . haha ..

Tapi, tanggguh. Tangguh dan tangguh. Punye lama aku tunggu ni .. Wuuhhuu !

Pukul 7 lebih , lepas waktu maghrib. Kitorang bertolak dari rumah.
Dalam perjalanan, dah sampai dekat dalam bandar Shah Alam, dari jauh kitorang dah nampak roda feri ( Giant Ferry Wheel ). Wahh.. Lawanya ~ Warna-warni ~

*aku dah snap gambar roda feri tu dari jauh ~ tapi ? ( sedihh ) kamera fon aku tak berkualiti tumenjadikan gambar tersebut penuh dengan cacat celanya hinggakan aku terasa nak baling je fon tu. Tapi, bila terkenangkan, itu ajelah fon yang aku ada . Tak jadi nak baling.

Time on the way nak cari kat mana i-City tu .. ternampak signboard UiTM . Aku berharap, agar Allah SWT murahkan rezeki aku, dan permudahkan urusan aku untuk sambung belajar di UiTM. Insya Allah. Amiin ...


Then, sedar tak sedar ..?
Pukul 9:45 : Omg !! I'm on i-City now!
Gila tak excited ?! Excited lah ..



Adik aku,Iffah ..
perkara pertama yang dia nampak .. Giant Wheel tulah. Itulah yang dia request dekat mama dengan abah nak naik benda tu dulu. Cis ! Patotnya akulah yang request habis habisan. Dia pulak potong line. Haha..Takpe. Janji aku pun naik.

Giant Wheeeeeeeeeeeeeeeeeeel :
- Ok, nama dia "Giant Ferries Wheel" je. Hakhak!
- Harga dia, RM 10 ( seorang ). 1 cabel car untuk naik 4 orang sahaja.
- Warning ! Wanita mengandung dan sesiapa yang ada sakit jantung tidak digalakkan untuk naik Giant Wheel ni ! <<- aku baca dekat notis pemberitahuan dekat kaunter tu.

Pukul 10 malam. Kitorang beratur nak naik Giant Wheel tu. Tetibe ada sorang mak cik ni .. tanpa segan silunya dia memotong barisan.
Urghh ..Takpe . Sabar-sabar ~ tapi, makcik tu pregnant ? Eh? .. takpelaa. teringin agaknya.

Ok .. dah nak sampai giliran kitorang dahhh ! .. Dah berdebar + terketar lutut ni ..
Aku sempat tengok jam lagi. Pukul 10: 05 kitorang melangkah masuk dalam  kabel car Giant Wheel tu . Then, ada sorang photographer tangkap gambar kitorang.
  "Ok ~ pandang sini .. Senyum .. ". 

Aku pun automatik ar posing pandang abang tu. Bukannye nak pandang kamera? -.-" Huh.

Hensem ar photographer tu. Hilang sikit aku punya takut nak Giant Wheel ni .. Memang indah pemandangan dari atas Giant Wheel. Seronok pulak tengok, merata-rata lampu i-City. Macam-macam warna. Macam-macam bentuk.



Then, turun dari Giant Wheel . terdengar ada sorang abang ni nyanyi lagu ape entah. Suara dia sedap wooo ..

Kitorang terus ke tempat jual gambar tu. Nak beli gambar kitorang yang abang hensem tadi tangkap dekat Giant Wheel tu. Datang-datang je, dua orang abang cashier tak hensem tu panggil adik aku ( yang ke-2 ) ..
"eh? Adik comel. Adik Comel .. "

Eh? Akak dia yang kat sebelah ni taknak panggil ke? *ok, jealous.


Then, kitorang teruskan jalaaaaaannnnn ... Makan aiskrim .. nak masuk dalam Snow Walk .. tapi ? Hurm..lain kali lah .. nak masuk dalam muzium lukisan, nak tengok lukisan 3D tu pun tak dapat ...

Keep on walking .
Then .. aku tengok map i-City on the wall.
Taraaa !



Dari jauh, aku terdengar ada sorang abang ni tegur mama aku.  Mintak tolong ambilkan gambar. Then, mama aku kata. "Ambil gambar? Sekejap ehh ? "

Ouh ? I can feel it ! Walaupun aku tak tengok, tapi aku dapat rasa.. langkah mama semakin dekat menuju ke arah aku. Oh no ! Then, mama tarik aku. " Kak ~ tuu .. Abang tu suruh amikkan gambar dia dengan makwe dia."

Aku pun .. Aaaa??? Ikut jelah.
Aku amik gadjet dari abang tu . Besar jugak phone ni ? Skrin tangkap gambar dia pun lawa . teringin jugak nak ada satu.  .Then,  Aku nak tangkap gambar diorang tapi couples tu malu-malu pulak. Yelah. Tetibe pulak ramai orang lalu kan? tengok-tengok diorang. Haish, time orang nak bergambar, time tu lah ramai pulak orang nak  lalu. tadi tak ramai pun?

Ekeke ..dapat jugak lah aku merasa pegang kejap gadjet tu walaupun aku taktau apekebenda tu? Memang lawa seh .. tangkap gambar pakai gadjet tuu .. well. mesti barang mahal kan?

Sebelum tengok map tu, aku ada tangkap gambar mama . Then, aku tengok balik, rupanya ada terselit gambar couple tu dari jauh...
Tuu.. aku ada tunjuk arrow tu. Nampak tak? Dari jauh lagi dah tersenyum.
Tapi kan .. sweet ohh couple tu .. Masing-masing sama cantik. Sama hensem ..Abang n kakak tu cakap "terima kasih .."

Adik aku kata. " Untung ar dapat pegang Galaxy Note 2 "
hah? Yang aku pegang tadi ke ? .. Oo.. aku ni kurang arif dalam gadjet-gadjet canggih ni. hihi.

Haha, waktu dekat Theme Park i-City .. ternampak ada beg Rilakkuma ! Waaa .. comel nyaaa .. nak beli .. aku tanya abang tu ..
" Ni berapa bang?"
"Err ? 30 dik . Kalau yang besar punya .. bla.. blaa .."
Blaa .. blaa .. tu aku dah taknak dengar dah. Sure lagi mahal. ( dialog ala P Ramlee ) Ouh, tidak abang. Jangan teruskan berkata tentang harga beg tu. Aku tidak sanggup untuk mendengarnya lagi. T_T *sedih .

Kitorang naik Super Swing ( nama glamor ) . Adik aku yang ajak naik...
Super Swing, buaian berpusing tuuhh .. macam dekat genting tu . Tapi, yang ni sederhana je. Taklah besar macam kat Genting tu ..

Time nak naik, gila berdebar .. ! Nak pilih tempat duduk buaian tu . Tetiba pulakkkkkk .. ternampak ada sorang abang hensem ni naik jugak . Aku cepat-cepat pilih tempat dekat sebelah dia, sebab tempat tu kosong. haha..  Sepanjang buaian tu berpusing, aku usha je dia. Abang uh menikmati keseronokan dengan tersenyum je.

Diam je abang tu. Tak bising pun. Takdelah macam orang dekat belakang aku ni? Bising betul . Buaian ni bukan laju sangat pun? -_-"
Emosi lebih. tangok aku? Rilekkk je, walaupun hati ni dah berdebar-debar.



Then, tengok ada gerai jual macam lampu liplapliplap disko . tapi, lebih up and granded dari disko. Lampu dia lagi lawa ~ . Nak beliiiii .... nak letak dalam bilik .. sekurang-kurangnya, dapatlah jimat bil elektrik. pakai lampu liplapliplap tu je. hakhak .. bila tanya .

"Bang. lampu tu tak jual ke?"
"Jual, tapi mahal lah. RM200 lebih.. " Ok. *nak nangis. Nak beli ! nak beli ! Aaaaaa... nape mahal sangat bang ?? Saya budak lepasan SPM 2012.
Ada diskaun tak? 20% ?
40 % ??
Haa .. tak pun ? 60% tu pun dah kira okey lah tu .. boleh ar .. saya nak sangat letak dalam bilik saya . --> mampu cakap dalam hati jela.



nak tahu lagi pasal i-city boleh klik sini .








 

Thursday 28 March 2013

Dia panggil aku "akak" ?? + pujian . aww..

Assalamualaikum
Dear Love & Colourful Life blog ,




Hari Khamis / 21.03.2013

Aku pakai maxi skirt, t-shirt biasa n cardigan. Woahahaha.. nampak elegant sehh .. haha.. asyik pakai seluar  jean jee..sekali sekala nak jugak tukar selera. Takde la orang boring tengok kitaaa.. haha..


Depan 77 - Seven Seven

Mula-mula. Kami singgah duduk dekat kerusi depan 77 ( Seven-seven ) *i repeat. Bukan 7eleven ye ... And then, Letak makanan dekat situ. Ada abang ni. Muka dia putih suci. Dengar suara dia n cara dia cakap , Macam orang sabah sarawak. Nama dekat nametag dia, EJAL. Tapi, kawan-kawan dia panggil dia ERRY? Maybe keje dekat  reservation counter kot?   
Dia suka makan crab stick ( popia ketam ), sebab hari-hari dia beli.

Lepastu, Cik Lin panggil staff-staff yang lain. Masa aku tengah serve customer.. ada sorang makcik ni .. datang dekat aku. Dia pandang aku.

“ Ni jual apa ni dik?” Aku dengar macam sleng bahasa indonesia. Ohh, pelancong dari indonesia lahh ..  

Aku pun jawab lah. Terikut-ikut dengan sleng dia.
“Err.. adda nasik lemak, nasik berlauk, kuih muih ..makcik mau apa?” kata ku sambil tersenyum. 

Tetiba dia blah? Eh ?? Aku salah cakap ke?
Then, aku teruskanlah serve customer  yang lain. 

Lepas 5 minit, makcik pelancong indonesia tadi tu datang balik. “ Dik, nasik lemak satu.. sama kuihnya satu ya?” .. Aku pun amik lah apa yang diminta. Terdengar acik tu berborak. “Beli yuk! Banyak makanan dijual ni. Kou mau beli apa. Pesan sama budak ini.”

Aku  pandang belakang makcik pelancong indonesia tu. 

Warghh ! ramainya ?! Rupanya tadi dia blah kejap sebab nak panggil kawan-kawan dia nak beli makanan kami lahh tadi..

“Dik.. aku juga ya. Nasi lemak satu, kuihnya satu .”

Ada 4 orang makcik pelancong indonesia tu.. semuanya order menu yang sama. 
Mana Cik Lin ni? . Aku dah tak cukup tangan dah ni.. 
Fuhh ! Lepas 15 minit serve customer .. akhirnya ! Boleh rehat sekejap.
Tibe-tiba datang seorang abang ni ..
“Err.. Kak ~ boleh bungkuskan nasi lemak ayam enggak?”

Aku ?? tersentak ?? Akak? Akak, dia panggil aku? Aku tpandang dia .. tinggi nya dia ni .. mesti umur 20 lebih. fuhhhh ..
Hensem ? Biasa-biasa je rasanya.  

 Asal dia panggil aku akak? Aku ni nampak tua ke? Maxi skirt ni buat aku nampak tua ke? Sudah terang lagi bersuluh aku ni lagi kecik dari dia? . Ok, nak tergelak sikit.
Tapi en .. dia berbudi bahasa tau . Cakap dengan aku pun macam cakap gentlement guy je .. aww.. cair hatikuu ..

“Ouh, boleh-boleh. Nak nasi lemak ayam goreng atau ayam sambal?”
“Ayam sambal boleh?”
Aku masukkan dalam plastik. Dia tanya . “berapa, kak?”
Hah? Dia panggil aku akak lagi? .. err.. aku tergagap sikit. “Errr.. 3 ringgit aja” 
Dia hulurkan duit sambil cakap. “ terima kasih yaa.”
Aku pun tergagap lagi. “Ouh, iyaa. Sama-sama.” ->> automatik terikut sleng indonesia dia. Ekeke..

5 minit lepas tu dia datang lagi. Dia tanya dekat aku. “Kak, theme park ( sleng indonesia ) nya dimana ya?”

Dia panggil aku “akak” lagi ???? Aku  pun tak faham dia tanya apa, aku suruh dia tanya Cik Lin. Cik Lin kata dia tanya pasal theme park yang dekat outdoor tu. Hah! Aku dah agak diah dia tanya pasal tuu .. Cuma tak yakin, kang aku salah jawab. Dia pulak yang sesat nanti.


SM ( Shopping Mall )
 
And then .. Singgah dekat SM ( Shopping Mall ) *Ohohoho ~ tempat Abang yang selalu aku  usha tuhh .. hari ni tak ramai sangat kakak consultant  yang beli sebab minggu depan dah start cuti sekolah. Diorang banyak cuti. Masa nak keluar dari SM tu, Abang Ijad berdiri disebalik baju-baju dekat dengan pintu masuk/keluar.. Dia pandang kitorang lalu*aku pandang dia .

Then, dia cakap .. “Bye~ ” sambil tersenyum.
Awww ~ Dia cakap dekat aku ke dekat Cik Lin? Aku nak pandang and cakap bye balik kat dia. Tapi, taknak lah perasan sangat. Maybe dia cakap bye dekat Cik Lin ke ? mana tau kan? kang tak pasal-pasal tebal muka je aku. So, aku pandang la tempat lain. Buat tak tau je.

terpesona tak tengok saya. wakakkakaka !  ok, perasan.

 Saloon

Bila singgah dalam Saloon, ada kakak saloon tu puji aku. Nama kakak tu Michelle. Dia rapat sikit dengan aku sebab aku pandai cakap cina sikit-sikit.  Dia nampak aku, dia puji aku dalam bahasa cina.
 "今天看起来很漂亮。(Nǐ jīntiān kàn qǐlái hěn piàoliang.)
“Hari ni awak nampak cantik lah .”

Ok, terasa gembira apabila diri ini dipuji. Setelah sekian lama aku tak terima pujian dari sesiapa. *kesian kan?
Aku pun ucap terima kasih dekat dia. “Xie Xie ~” ..Senyum?? jangan cakap laa .. memang lebar sehh senyum aku

Wednesday 27 March 2013

Empathic

Assalamualaikum
Dear Love & Colourful Life blog,





Aku takde story nak ceritaaa ... aku story cerita yang minggu lepas punye lah. Kan, aku ikut jiran aku meniaga kat Genting. Dekat  First World tingkat  1M,ada klinik tauu ..


Since last week lah kitorang selalu singgah situ sebab staff-staff nurse and doktor kat situ rajin beli makanan dari kami. Ada sorang kakak ni, nama kakak ni Adila. Kakak ni comel . Kakak ni baru graduated dari kolej jururawat. Cute dan rendah sikit dari aku. Tetiba pulak terfikir dalam kepala otak ni .

“ Eh? Ingatkan aku sorang je yang paling rendah? Rupanya ada yang lagi rendah dari aku?” *ok, macam jahat pulak apa yang aku fikir ni ..


Balik tuu .. waktu nak masuk dalam kereta. Aku story lah dekat Cik Lin. Yang kakak Adila tu comel sangat ! Aku suka tengok dia. Lepas tu Cik Lin kata


“ A’ah kan? Comel  je dia kan? Kecik je dari Kak Yong kan? Mesti Kak Yong fikir, ? Ingatkan kak yong sorang je yang paling pendek? Rupanya ada yang lagi pendek dari kak yong?”

Warghhh ! Terkejut aku ! ... Macam mana Cik Lin tau isi hatikuuuu? Sebijik dengan apa yang aku fikir laa .. Cik Lin ada kuasa psikik empathic ke? Uishh ! bahaya ni .. bahaya ...
Haha.. aku terus tepuk bahu Cik Lin, “Uishh? Mana Cik Lin tau?”

“Ehehehehe ..” Cik lin gelak je