Wednesday 13 March 2013

keikhlasan dalam diri dia

Assalamualaikum
Dear Love & Colourful Life blog ,


Bila teringat dia .. mesti teringat akan kisah-kisah yang pernah singgah dalam hidup aku. Kisah kehidupan aku, yang ada terselitnya dia. Setiap kali ternampak dia dari jauh, terserempak dengan dia face to face .. usha dari jauh ..

Debaran hati ni .. memang semakin menggila jadinya. Semuanya jadi tak keruan .. Aku teringat ~

Catatan lama : 22 Julai 2010 ( Khamis )
Waktu tu form 3 (2010 ) .. masa tu lepas rehat,kami semua perlu berada di dewan. Ada ceramah berkaitan dengan motivasi PMR. Ceramah Mathematics.

Kitorang  masuk lambat, meja dan kerusi takde ! kami semua memang perlu amik kerusi dan meja sendiri . Malasnya ...Ok. Aku ni jenis yang .. entah lah ? Macam mana aku nak cakap eh? .. Urm, keep on reading, maybe dari situ korang akan tahu macam mana diri aku.

Budak-budak lain bawak, 1 buku nota and pen or pensil. Kalau boys , lagi la? . Diorang kan jenis yang memang simple. Diorang just bawak beberpa helai kertas. Pen atau pensil .. senang kan? Dan selepas itu, diorang akan pinjam pensil atau pen pada kawan-kawan yang bawak pensil box. Terutamanya pinjam dekat gegirl macam aku. Senang kena buli. Diorang suka ugut-ugut nakal.
"Baik kau bagi aku pinjam pen, kalau tak aku sorokkan beg kau. "

-_-" *menyampah.

Serius aku cakap! Boys, walaupun nampak nakal dan *err .. tapi, diorang sangat bijak menggunakan akal diorang yang sedia ada. Tak hairan lah kalau ramai yang kata~

Lelaki - 9 akal, 1 nafsu
                                            
                                                    Perempuan - 9 nafsu, 1 akal

Aku pulak? Bawak buku nota sederhana besar, pensil box sederhana besar ( yang dalamnya ada bermacam-macam jenis pen dan pensil berwarna warni. danbekas cermin mata.*aku ni rabun jauh. Bila cikgu arahkan murid suruh amik meja dekat belakang dewan, maka para pelajar pun berpusu-pusu nak amik meja sendiri.

Kalau nak diikutkan, aku ni boleh tenggelam dalam lautan pelajar-pelajar lain sebab aku kecik. Takdelah kecik sangat. Biasa je. Tinggi 150cm. Biasa kan? .
Dahlah kat tangan aku pegang macam-macam? nak angkut meja lagi? Macam mana ni?

Barang alat tulis dan spect case aku letak atas kerusi dulu, sebab nak angkat meja. Then, aku angkat meja.
" Makk aiiyy ? Ni meja ke batu belah batu bertangkup ni??"

Terkedek-kedek aku mengangkat meja. Rasanya meja tu pun sama besar dengan aku. Then? Pandang ke depan. Alamakkk ! Terserempak pulak dengan Ayie ! Hm .. lalu jela. Lepastu, berhenti sekejap. Penat, Mengangkat meja tu, entah berapa kilo agaknya berat meja tu? Tiba-tiba ada orang hulurkan bantuan, nak tolong aku angkat meja.

Terkejot ar kan?
Ayie ??

Hm.. aku pun tak terkata. Aku ni jenis yang pendiam. Tak banyak cakap. And then, tengok jedia tolong bawak meja tu, ke arah geng-geng aku susun meja. Aku ikut dia dari belakang. Aku diam je. Padahal, dalam hati ni, dah rasa happy yang meggila ! dia Siap tolong bukak kan meja yang terlipat tu.

Kawan-kawan aku semua dah tersengih-sengih .. "Alamak , apa aku nak jawab ni?"
Sebelum dia pergi angkat meja dia pulak, aku kata . " Terima kasih" sambil tersipu-sipu malu.
Gila tak malu? Dah lah ramai budak form 3 dalam dewan tu? Cikgu pun ada. Cuma,  bila ia berlaku, rasa macam tak ada yang nampak ? Macam slow motion? haha..

Tapi, aku rasa dia memang ikhlas. Lepas dia tolong aku angkat meja tu .. aku say "thanks", then dia pndang n senyum je. Senyuman da tulah yang membuatkan aku fall in love selaluuuu ....


No comments: