Friday 29 March 2013

i-city, Shah Alam | Dreams come true

Assalamualaikum
Dear Love & Colourful Life blog ,

Alhamdulillah. Tercapai jugak hasrat dan impian aku nak melangkah ke i-City, Shah Alam ( Bandar Dalam Taman ) kelmarin, hari Rabu.

Actually ..Aku dah lama mengidam/ berhasrat/meluahkan rasa nak pergi i-City sebelum birthday aku lagi. 12.12.12 Tahun lepas. Ingatkan dapat pegi time birthday tahun lepas. Boleh lah terasa ~
" aww.. so sweet .. pergi i-city time birthday ~ " Aku ni jenis yang jiwang-jiwang sikit . haha ..

Tapi, tanggguh. Tangguh dan tangguh. Punye lama aku tunggu ni .. Wuuhhuu !

Pukul 7 lebih , lepas waktu maghrib. Kitorang bertolak dari rumah.
Dalam perjalanan, dah sampai dekat dalam bandar Shah Alam, dari jauh kitorang dah nampak roda feri ( Giant Ferry Wheel ). Wahh.. Lawanya ~ Warna-warni ~

*aku dah snap gambar roda feri tu dari jauh ~ tapi ? ( sedihh ) kamera fon aku tak berkualiti tumenjadikan gambar tersebut penuh dengan cacat celanya hinggakan aku terasa nak baling je fon tu. Tapi, bila terkenangkan, itu ajelah fon yang aku ada . Tak jadi nak baling.

Time on the way nak cari kat mana i-City tu .. ternampak signboard UiTM . Aku berharap, agar Allah SWT murahkan rezeki aku, dan permudahkan urusan aku untuk sambung belajar di UiTM. Insya Allah. Amiin ...


Then, sedar tak sedar ..?
Pukul 9:45 : Omg !! I'm on i-City now!
Gila tak excited ?! Excited lah ..



Adik aku,Iffah ..
perkara pertama yang dia nampak .. Giant Wheel tulah. Itulah yang dia request dekat mama dengan abah nak naik benda tu dulu. Cis ! Patotnya akulah yang request habis habisan. Dia pulak potong line. Haha..Takpe. Janji aku pun naik.

Giant Wheeeeeeeeeeeeeeeeeeel :
- Ok, nama dia "Giant Ferries Wheel" je. Hakhak!
- Harga dia, RM 10 ( seorang ). 1 cabel car untuk naik 4 orang sahaja.
- Warning ! Wanita mengandung dan sesiapa yang ada sakit jantung tidak digalakkan untuk naik Giant Wheel ni ! <<- aku baca dekat notis pemberitahuan dekat kaunter tu.

Pukul 10 malam. Kitorang beratur nak naik Giant Wheel tu. Tetibe ada sorang mak cik ni .. tanpa segan silunya dia memotong barisan.
Urghh ..Takpe . Sabar-sabar ~ tapi, makcik tu pregnant ? Eh? .. takpelaa. teringin agaknya.

Ok .. dah nak sampai giliran kitorang dahhh ! .. Dah berdebar + terketar lutut ni ..
Aku sempat tengok jam lagi. Pukul 10: 05 kitorang melangkah masuk dalam  kabel car Giant Wheel tu . Then, ada sorang photographer tangkap gambar kitorang.
  "Ok ~ pandang sini .. Senyum .. ". 

Aku pun automatik ar posing pandang abang tu. Bukannye nak pandang kamera? -.-" Huh.

Hensem ar photographer tu. Hilang sikit aku punya takut nak Giant Wheel ni .. Memang indah pemandangan dari atas Giant Wheel. Seronok pulak tengok, merata-rata lampu i-City. Macam-macam warna. Macam-macam bentuk.



Then, turun dari Giant Wheel . terdengar ada sorang abang ni nyanyi lagu ape entah. Suara dia sedap wooo ..

Kitorang terus ke tempat jual gambar tu. Nak beli gambar kitorang yang abang hensem tadi tangkap dekat Giant Wheel tu. Datang-datang je, dua orang abang cashier tak hensem tu panggil adik aku ( yang ke-2 ) ..
"eh? Adik comel. Adik Comel .. "

Eh? Akak dia yang kat sebelah ni taknak panggil ke? *ok, jealous.


Then, kitorang teruskan jalaaaaaannnnn ... Makan aiskrim .. nak masuk dalam Snow Walk .. tapi ? Hurm..lain kali lah .. nak masuk dalam muzium lukisan, nak tengok lukisan 3D tu pun tak dapat ...

Keep on walking .
Then .. aku tengok map i-City on the wall.
Taraaa !



Dari jauh, aku terdengar ada sorang abang ni tegur mama aku.  Mintak tolong ambilkan gambar. Then, mama aku kata. "Ambil gambar? Sekejap ehh ? "

Ouh ? I can feel it ! Walaupun aku tak tengok, tapi aku dapat rasa.. langkah mama semakin dekat menuju ke arah aku. Oh no ! Then, mama tarik aku. " Kak ~ tuu .. Abang tu suruh amikkan gambar dia dengan makwe dia."

Aku pun .. Aaaa??? Ikut jelah.
Aku amik gadjet dari abang tu . Besar jugak phone ni ? Skrin tangkap gambar dia pun lawa . teringin jugak nak ada satu.  .Then,  Aku nak tangkap gambar diorang tapi couples tu malu-malu pulak. Yelah. Tetibe pulak ramai orang lalu kan? tengok-tengok diorang. Haish, time orang nak bergambar, time tu lah ramai pulak orang nak  lalu. tadi tak ramai pun?

Ekeke ..dapat jugak lah aku merasa pegang kejap gadjet tu walaupun aku taktau apekebenda tu? Memang lawa seh .. tangkap gambar pakai gadjet tuu .. well. mesti barang mahal kan?

Sebelum tengok map tu, aku ada tangkap gambar mama . Then, aku tengok balik, rupanya ada terselit gambar couple tu dari jauh...
Tuu.. aku ada tunjuk arrow tu. Nampak tak? Dari jauh lagi dah tersenyum.
Tapi kan .. sweet ohh couple tu .. Masing-masing sama cantik. Sama hensem ..Abang n kakak tu cakap "terima kasih .."

Adik aku kata. " Untung ar dapat pegang Galaxy Note 2 "
hah? Yang aku pegang tadi ke ? .. Oo.. aku ni kurang arif dalam gadjet-gadjet canggih ni. hihi.

Haha, waktu dekat Theme Park i-City .. ternampak ada beg Rilakkuma ! Waaa .. comel nyaaa .. nak beli .. aku tanya abang tu ..
" Ni berapa bang?"
"Err ? 30 dik . Kalau yang besar punya .. bla.. blaa .."
Blaa .. blaa .. tu aku dah taknak dengar dah. Sure lagi mahal. ( dialog ala P Ramlee ) Ouh, tidak abang. Jangan teruskan berkata tentang harga beg tu. Aku tidak sanggup untuk mendengarnya lagi. T_T *sedih .

Kitorang naik Super Swing ( nama glamor ) . Adik aku yang ajak naik...
Super Swing, buaian berpusing tuuhh .. macam dekat genting tu . Tapi, yang ni sederhana je. Taklah besar macam kat Genting tu ..

Time nak naik, gila berdebar .. ! Nak pilih tempat duduk buaian tu . Tetiba pulakkkkkk .. ternampak ada sorang abang hensem ni naik jugak . Aku cepat-cepat pilih tempat dekat sebelah dia, sebab tempat tu kosong. haha..  Sepanjang buaian tu berpusing, aku usha je dia. Abang uh menikmati keseronokan dengan tersenyum je.

Diam je abang tu. Tak bising pun. Takdelah macam orang dekat belakang aku ni? Bising betul . Buaian ni bukan laju sangat pun? -_-"
Emosi lebih. tangok aku? Rilekkk je, walaupun hati ni dah berdebar-debar.



Then, tengok ada gerai jual macam lampu liplapliplap disko . tapi, lebih up and granded dari disko. Lampu dia lagi lawa ~ . Nak beliiiii .... nak letak dalam bilik .. sekurang-kurangnya, dapatlah jimat bil elektrik. pakai lampu liplapliplap tu je. hakhak .. bila tanya .

"Bang. lampu tu tak jual ke?"
"Jual, tapi mahal lah. RM200 lebih.. " Ok. *nak nangis. Nak beli ! nak beli ! Aaaaaa... nape mahal sangat bang ?? Saya budak lepasan SPM 2012.
Ada diskaun tak? 20% ?
40 % ??
Haa .. tak pun ? 60% tu pun dah kira okey lah tu .. boleh ar .. saya nak sangat letak dalam bilik saya . --> mampu cakap dalam hati jela.



nak tahu lagi pasal i-city boleh klik sini .








 

2 comments:

Unknown said...

hehe..malam2 icity memang lawa..(its fact la kan mmg bukak malam2..) me yang duduk klang pun tak ada kesempatan nak singgah tmpat ni..dah kira dekat sangat dah nie..huhu

Love and Colourful life said...

@Nana Liena a'ah en . haha . takpe . banyak hari boleh pegi lagi ..