Thursday, 21 March 2013

Semua benda aku tak amik lagi. Termasuk result . Busy lah ..

Assalamualaikum
Dear Love & Colourful Life blog ,

Hari ni ..adalah hari student batch 1995 amik result SPM 2012. berdebar-debar .!
Termasuk lah aku.  Hm .. aku ni? Kalau boleh, taknak bagitau dekat sesiapa pun yang aku ni student lepasan SPM. Biarlah orang tengok aku ni, as the budak kecik yang berumur dalam lingkungan 13-15 tahun. Pun ok, Comel ape?

Hari ni, aku kerja. Tak pergi amek result pun. -.-"
Kerja aku, tolong jiran aku meniaga kuih dan makanan dekat staff Genting. *ok, dah banyak kali aku bagitau. Memang aku sengaja taknak pergi amik awal. Entah lah? Mungkin aku terlalu ikutkan perasaan sangat ? Boleh tengok schedule aku. Kalau nak jumpa, boleh buat appointment dulu ek? sebab aku busy. Hakhak. *lagak macam bos pulokk ?

07:30 pagi - aku tolong Cik Lin, packing makanan.
10:20 pagi - balik rumah sekejap, nak bersiap pergi kerja.
10:30 pagi - aku datang balik ke rumah Cik Lin, dan kitorang pun bertolak ke Genting.
11:15 pagi - sampai di Genting dan start berniaga.
04:00 - baru kitorang habis round Hotel Highland dan First World. Penat woo .. berjalan kaki dari kedai ke kedai sambil tarik beg troli. Aku satu, Cik Lin satu.

Dah pukul 4 dah ? Kalau aku pergi sekolah pun, guru kelas and Cikgu sesi pagi pun dah balik ? Aku nak amik result dekat siapa? Selain result, banyak benda aku nak buat and nak amik lagi .

- Surat berhenti sekolah ..
- Surat pointer koko dekat cikgu koko. Cikgu Kamal. *penting kalau nak masuk poli, kolej or IPTA and IPTS.
- Nak amik mug cawan dekat cikgu Seni, cikgu Ros yang aku and kengkawan buat waktu kami melawat IKN ( Institut Kraf Negara, Rawang).
- Nak amik folio seni dan kasut yang kitorang buat dekat Cikgu Ros jugak.
- Nak jumpa cikgu-cikgu yangg telah banyak mengajar aku selama ini. Cikgu Rosyida, Cikgu Hazliza, Cikgu Suryana, Cikgu Emy, Cikgu Mariana, Cikgu Jamaliah . Cikgu Rosnah . And, banyak lagi lah .. mesti lama kan? Nak peluk, nak cium mereka. kerana mereka bukan sahaja guru tapi, sebagai ibunda dan ayahanda.
- Nak amik majalah sekolah ..

Sejujurnya, aku takut. Aku takut, andai keputusan yang aku dapat tu .. akan membuatkan parents aku kecewa. Aku taknak tengok diorang sedih ..sebab merekalah yang banyak beri dorongan kepada aku. Dan kerana mereka lah, aku gigih teruskan hidup hingga ke hari ni ..

Semalam ..hari Rabu. Haa .. Waktu malam tu , kengkawan aku dah mesej dah .
"Datang pukul berapa?"
"Pakai baju ape?"

Tapi, kebanyakannya .. aku tak reply pun. Aku takde kredit la. Nak ke kedai beli topup, jauh. Dah malam pulak tu . Kang tak pasal-pasal kena kejar dengan anjing gila. Dog-2 sekarang ni bukan boleh dibuat runding. Kalau heret ke mahkamah pun .. dog-2 tetap akan menang kes sebab dog-2 tu gila.

Amende aku cerita ni? . Adush ! . Sory la . Just nak hilangkan rasa cuak dan takut terhadap result, aku cerita benda yang bukan-bukan. Not make sense pulak tu? Grr ..

Timbul jugak rasa bersalah ni dalam hati. Kalau ada kredit pun, aku tak reply sebab aku taknak kengkawan aku sedih. Sebab, aku akan kata ..

"Aku tak pergi amik result dengan korang besok sebab aku kerja. Aku tak boleh nak tinggalkan kerja aku macam tu aje. Kesian acik  yang aku tolong niaga tu. Nanti dia niaga sorang-sorang. Banyak barang nak kena angkat. "

Cuba bayangkan, kalau aku g amik result hari ni? Cik Lin kena tarik dua troli sorang-sorang ? Kesian lah ..Nanti, diorang ingat aku ni berat sebelah? Lebihkan kerja dari amik result sendiri. Aku bukan macam tu .. cuma,aku fikir yang mana perlu dibuat dulu . Acik tu dah la tak larat . Bukan aku tak pentingkan result, lagipun, result boleh amik bila-bila lagi kan? Aku taknak amik sebab aku rasa aku dah dapat agak apa keputusan aku. Kalau aku amik awal-awal, tak guna jugak .

*banyak pulak alasan aku. -.-" Ok, aku berterus terang. Aku takut aku gagal .Siapa yang tak takut kan? Then, aku takut orang dok sibok tanya pasal result aku. Aku ni jenis yang privacy all the time, tak suka orang amek tau pasal aku. Kecuali lah kalau aku sukarela bercerita kan? . Sebab aku kuat berahsia.


Nak tau tak? Aku pernah terfikir .. andainya aku meninggal sebelum hari amik result SPM, macam mana??

Itu je soalan dari hati aku. Jawapannya, aku sendiri pun tak tahu?.

Cik Lin, acik yang incharge dalam kerja yang aku buat, Dialah acik yang aku tolong niaga uh . Everytime aku ikut dia berniaga .  mesti ada orang tanya . " Kak, budak ni tak sekolah ke kak?"

Then, kalau Cik Lin rajin nak menyakat diorang .. Cik Lin bagitau . "A'ah .. budak ni dah taknak sekolah dah. Dia berhenti lah . " haha . aku pun tersengih-sengih je..

Kalau Cik Lin, malas nak menyakat diorang, Cik Lin bagitau je. "Ehh ? Budak ni dah habis sekolah dah pun ? Tunggu result SPM lah ni." Maka, diorang pun terkejuttt ... "iyeke? Asal kecik je?"
haha.. Itu saya tak dapat jelaskan dengan terperinci lah. kalau saya bagitau pun.. 3 hari dua malam pun tak habis cerita .. ekeke ...

Bukan everytime je? Everyday kot ? Orang tanya soalan yang sama . Tak kira lelaki hensem atau perempuan, macam-macam bangsa ada. Kalau boleh, satu Genting tu Cik Lin nak bagitau yang aku ni budak lepasan SPM 2012. Malu lahh .. Aku senyum je.

Pagi tadi pun, waktu aku start packing makanan dekat rumah Cik Lin . Kawan aku ada yang siap kol aku lagi . Tapi, aku tak jawab.Off phone. Kejam kan aku? . Aku tak sanggup berhadapan dengan kengkawan aku walaupun pada hakikatnya , aku rindukan diorang. Tapi, aku busy .

Ada kawan Cik Lin tu .. daripada semalam lagi dia ingat aku.
"Haa.. hari ni result SPM keluar kan? Macam mana result?"

Hamboihhh ! Laju je tanya result ? haha.. Aku jawab ar .
"Esok lah kak .. "
"Esok ke? Bukan hari ni?"
"Tak .. esok .. "

Ha.. tu cerita semalam, yang hari ni pulak . Jumpa lagi akak tu ..
"Ha .. harini keluar result kan? Macam mana keputusan?"
"Tak amik lagi ~"
"Tak amik lagi ? orang berebut-rebut nak amik, kau taknak amik pulak?"

Daripada hari Selasa pulak, Cik Lin asyik offer aku je.
"Hari khamis,lepas kita niaga terus straight pergi sekolah amik result tau?"
Gulp !! Rasa macam tercekik je? . "Err ? Tak pelah. nanti saya g amik sendiri . Sebab, cikgu suruh datang pakai baju kurung. So, balik tu boleh mandi-mandi dulu ."

"iyer ke?"
"iye .. kawan saya baru bagitau dekat facebook semalam . "

Betul lah. Kan Eila? .

Time aku dah naik Genting, tengah kerja .. Ada kawan yang mesej aku. " Asal tak datang tadi?"
Huwaaa ..! aku nak balas macam mana? aku takda kredit? Duit, apatah lagi? aku tak bawak ? Nak pinjam dekat Cik Lin? Serius ! Aku segan ..

Then, mak su pulak mesej aku tanya pasal result . Aku bagitau lah yang aku tak amik lagi sebab tengah kerja. Mak su siap offer nak tolong check kan dekat online lagi .. haha.. aku taknak . Sebab, biarlah aku amik sendiri dekat sekolah nanti. Aku saje nak bagi surprise dekat diri aku sendiri. *Hoo, surprise lah sangat ? . Padahal takut terketar lutut sampai taknak amik result.

Tadi, niaga best ! . Kebanyakan makanan yang kami jual, habis ! . Alhamdulillah, rezeki .. kebetulan ada pelancong dari Indonesia datang beli makanan dekat kitorang . haha .. *aku ada story best. nanti saku cerita .

Esok ada niaga jugak . Aku tengah fikir ni .. esok last day sekolah . Kang, time sekolah, mana ada cikgu ? Cikgu pun cuti sekolah penggal 1 . balik kampung. Esok pun, Cik Lin ada berniaga lagi ? Macam mana kau nak amik result ?? Erghh !! ..kusut aku dibuatnya ..

Tadi, balik je dari kerja. Aku terus cari katil . Nak tido. Then, tetiba adik aku ketuk pintu bilik. "kak Yong ! Ni, kawan kau telefon . "

Dalam hati aku, alamak ! Siapa pulak yang telefon ni? Apa kau nak jawab ni?
Aku amik lah telefon rumah tu .
"Hello ~ "
"Hello, Rabi'atul Adawiyah. "
"Ye, iyer saye."
"Saya dari Bla.. blaa.. bla .. *aku tak dengar sangat sebab baru bangun tidur. Mamai. Ni nak tanya, adik dah amik keputusan SPM kan? "
"Err , belum . Saya tak amik lagi sebab kerja. Tak sempat."
"Owh, kalau macam tu ..24 haribulan ni kami ada buat progam *program ape entah? halatuju lepas SPM kot ? . akan diadakan dekat UPSI. Adik datang tak ? Bla.. bla .. "

Ya Allah !, suara kakak ngupernya . haha .buat takut je.  memandai je adik aku ni .. kawan aku konon, padahal akak yang tukang promote kehadiran student ke function-2 tu ..

Hm .. aku pulak, jenis yang malas nak datang ke function-2 ni .. sebab aku akan tertidur mendenagr ceramah-2 itu sume .

Agak-agak , Ayie a.ka. Faiz , dapat berapa ek ? Moga dia cemerlang dengan gemilangnya .. 

 Doa kan aku supaya dapat selesaikan masalah ni ek ? . Amiin .. sama-2 kita mengAminkan  doaku ini .. Amin ..

#tadi akak tu baru telefon, nak cakap dnegan mama pulak nak sahkan status kehadiran sama ada aku datang atau tak ? mama kerja petang. mana ada dekat rumah?

2 comments:

Maherah Al Yahya said...

kalo saya mmg x larat nk tulis entri pnjg2 cmni ! penat...

Love and Colourful life said...

@Maherah Al Yahya ahaha .. Wieya rajin tulis panjang-2 macam ni .. ikut mood la. haha ..