Saturday, 23 March 2013

Alhamdulillah. Amin !

Assalamualaikum
Dear Love & Colourful Life blog ,

Tadi, pagi-pagi lagi mama dah kejut aku. Minta aku belikan sarapan dan makanan lain dekat pasar pagi. "Mama kemas rumah, akak pergi pasar beli makanan ek ? Mama nak masak ikan bawak sweet sour."
Hari ni Mama kerja petang. Abah pulak balik  kampung. Mama masakkan untuk kitorang sebab mama balik pukul 10 malam nanti. Aku ok je. Aku pun bangkit dari katil. Cari tuala, terus mandi bersihkan badan.

Dah siap.
Pakai tudung warna merah peach pastel. *haha, suka-suka hati aje aku letak nama.
Turun tangga.

"Kakak ~ " Adik kecik aku, Nuha panggil .
Aku senyum je. Cari kunci motor. Panggil adik aku yang Zaty tu . "Jom teman g pasar. "
Bila aku keluar rumah, cari kasut. And, nak start motor. tengok-tengok ? Nuha dah ada atas motor. Aiikk ? Bila masa dia ada atas moto tu??.  Cepat pulak dia panjat?

Haha.. nak tak nak, aku bawak ajelah dia sekali. Entah lah ? Selalunya, aku jarang bawak adik aku keluar pergi kedai selain dari kawasan perumahan rumah kitorang.

Bila dah sampai dekat pasar . Parking motor. Then, jalan-jalan. Uish ! Memang rambang gila mata aku tengok baju-baju trend sekarang. Cardigan, Peplum, Dress, lagi-lagi Maxi dress ! Wow ..
Rileks Rabi'atul Adawiyah .. kumpul duit dulu. kalau ada rezeki nanti, you'll get it ! . Hanya perlu usaha dan jangan putus asa ! Haippp !

First thing kitorang beli, Roti John.  Bagi aku, aku memang suka makan roti john pak cik ni. Entah secret resepi ape yang dia letak dalam roti john tu ? Aku pun dah lama tak merasa sejak busy dengan SPM tahun lepas. Aku pun, beli sampai dua set.

Aku Bayar.
Sambil pak cik tu bagi baki, pak cik tu kata.

" Terima kasih daun keladi.
Sebelum makan, baca bismillah dan ingat dekat tuan yang buat roti john ni. "

Haha. Aku tersngih-sengih je. Friendly sehh pak cik tu.
Hm .. Pasar pagi tu takdelah besar sangat. Biasa-biasa je. Tapi ? Kenapa tak ramai orang meniaga ? Orang yang datang ke pasar ni pun tak ramai ? Owhh ?? Baru aku ingat ! Maybe, esok dah mula cuti sekolah penggal 1. Ramai lah yang keluar jalan-jalan n balik kampung .

Lepas tu singgah ke gerai jual nasi lemak. Adik aku, Zaty suka makan nasi lemak berlauk. So, belikan dia nasi lemak tu. Sebelum balik, kitorang singgah dekat acik jual aiskrim. Aiskrim tu dalam bekas sejuk beku siakrim tau. Memang dia buat sendiri. Lepastu dia letak chocolate rice dan kacang hancur. Mungkin kalau ianya dibayangkan, tak nampak macam mana sedapnya. tapi, kalau korang tengok, then .. rasa. Memang sedap.

Aku dan adik-adik berhenti dekat depan acik tu. Aku kira-kira dalam kepala ku, berapa orang adik aku yang aku ada.? Termasuk aku sekali. Haha .. Beli aiskrim sorang satu. Acik tu tegur. " Ye , nak aiskrim?"

"Haa, a'ah . Nak yang ni. Nak lima.  " Aku tunjuk, nak aiskrim dalam cawan.

"Alhamdulillah, Amin ! Banyak beli. Nak lima ye? Untuk adik-adik ke? " Acik tu nampak tersenyum aje.

Aku terkejut dan aku berfikir sekejap. Mungkin dia bersyukur sebab aku beli banyak aiskrim dari dia. Sebab, aku tengok aiskrim dia dalam peti sejuk beku tu still banyak lagi.

Mungkin, tak  ramai yang beli aiskrim dia hari ni. Sebab ramai yang tak datang pasar sebab masing-masing ada agenda tersendiri agaknya. keluar jalan-jalan.
Selalunya, kalau aku beli. Dah nak habis dah aiskrim dia.

"Haa.. a'ah. ~ "
"Cuti sekolah ni tak ada pergi jalan-jalan ke?"
"Err, tak ~ mama kerja. "
"Ooo. kerja ~ "

Haha, you know what?
Waktu acik tu cedok-cedok aiskrim tu. Adik aku, Nuha yang paling kecik tu telan air liur n jilat bibir dah,bila tengok aiskrim tu. Mungkin jugak dia dahaga dan lapar. Tapi, kena tunggu balik rumah dulu baru makan. Kalau makan laa tu jugak, comot lah nanti.

2 comments:

Loving You !! said...

hahah... seronok nya ada kakak yg penyayang cenggini... ngee ~~~ ^^

Love and Colourful life said...

@Loving You !! ehehe .. jangan lah puji . malu la..