Saturday 23 February 2013

Hampa

Assalamualaikum...
Dear Love & Colourful Life blog ,

Nak tahu?

Tadi , adik aku mintak tolong hantarkan dia ke MarryBrown sebab dia nak lepak dengan kawan-kawan dia. Mulalah aku tersenyum lebar tanpa sebarang bantahan atau kata-kata . Apa yang ada dalam fikiran aku.. cuma nak tengok dia ( crush ) dari jauh. Itupun dah cukup untuk membuatkan aku gembira.

Aku ada mention tentang dia dalam entri ni .. Dalam entri lain pun  banyak ..
korang boleh geledah sendiri , kalau rasa nak baca entri lain.

Bagi perempuan/wanita ..
Dengan melihat orang yang dia sayangi dari jauh, itupun dah cukup untuk membuatkan dia tersenyum. Aku selalu macam tu .. aku tengok je orang yang aku suka .. terus tersenyum aku. Kemudian..

Aku pun, mulalah bersiap .. sekadar bedak compact dan lip ice je .. sebab aku memang simple orangnya. Memang tak reti nak pakai bedak tebal-tebal ala-ala artis hollywood tu. Bila dah sampai di MarryBrown .. aku pun usha lah motor dia dekat tempat parking motor tu .. tengok-tengok ???
Tak ada ..

Luluhnya hati ~
Benarlah ..
kalau Allah dah tetapkan sesuatu untuk kita .. walau kita cuba mengubahnya sekalipun .. tak akan berlaku .. kerana itu memang kehendak-NYA .

2 comments:

✿INA AINAA✿ said...

betul tu/.. hanya melihat dari dah mncukupi bg ena.... hurmm sabar ye sis... ena baca entry sis ni pun rasa patah hati.. ='(

Love and Colourful life said...

@✿A I N A A✿ terima kasih sebab bagi sokongan .