Wednesday 27 February 2013

Sentap ! Kerana jerawat ..

Assalamualaikum...
Dear Love & Colourful Life blog ,

Ada sorang mak cik tu .. *jiran aku -_-"
Dia tengok muka aku dengan penuh rasa pelik dan ... errr..?

"Banyaknya jerawat kau??"

Aku: "Err.. biasalah .. remaja. Hormon tak stabil."

                                                                                                                                   "Tak stabil yer?"

Aku : "A'ah .. tak stabil .."

 Padahal Sentap !
"Eh, eh ? Sakit pulak hati kiterr" *dialog ala-ala Wawa semput.

Tapi ! Betul lah kan? Gegirl remaja macam kita, hormon still tak stabil ?.. Then, lagi-lagi kalau muka tu gila-gila punya sensitif ? Pakai lah produk muka jenama ape  pun, jerawat tu still tak nak berambus. Nak buat macam mana?
Kecuali lah kalau dah jumpa dengan produk muka yang betul-betul sesuai dengan kulit muka kite.

Pakai make up?
Nak cari nahas?! Lagi bertambah-tambah geng-geng anasir jerawat yang jahat nauzubillah tu . So ? Biar jelah ..  Lainlah macam aku ni. Tangan ni memang tak boleh nak duduk diam. Ada je benda aku nak usik .

Tak dinafikan. Selama jerawat ni bertapak dan membina tamadun on my face .. memang ramai orang tegur. Diorang bukan tegur aku. Tapi, tegur jerawat ..
Asal jumpa je.
                                                                                                                        "ehh? Jerawat... !"

"Eh? Banyaknya jerawat????"

Asal tak terus bersembang je dengan jerawat aku ni? Example.
"Eh? jerawat .. lama tak jumpa .. kau apa khabar sekarang? Dah lama ke kau bertapak dekat muka Raby ni?? Makin bersinar macam traffic light, kau ye.. dah ada anak pun kau ye? Banyaknya .. merata-rata pulak tuu .. lepas ni mesti tambah sepuluh lagi kan?"

Memang la sentap. Tapi, malaslah nak layan tu semua. Lagi bertambah   stress. Kalau bertambah strees, tambahlah jerawat. Now, dah masuk 18 tahun tapi, birthday lambat lagi .
Adalah pengurangan sikit. Nasib baik lah ada Mak Su and my mama yang baik hati lagi mulia, cuba pelbagai cara. Carikan produk yang sesuai dengan kulit sensitif macam aku.

Walaupun aku ni tak berapa nak lawa.. tapi, nasihat aku .. jagalah muka korang tu. Jangan biarkan mereka meluaskan keturunan dan cucu cicit mereka di muka you all ..
                                                              
                                                                   sekian sahaja ..

Minta kalian doakan supaya anasir jerawat ni cepat-cepat berpindah dari muka kuu .. 
ekekeke ... Amin ..

6 comments:

Unknown said...

bila jerawat dijadikan topik..ah..seksanya hidup.. lain kali kalau da yg perli2 kita pasal jerawat bg ja kertas pasir..kata nak licinkn muka pakai la kertas tu.. hehe..pastu blah buat muka seposen..try la..hehe

Unknown said...

Saya pun selalu kena tegur. Tambah lagi budak laki kelas saya pun kdg-2 tegur . diorang kata "Wei , kenapa muka hang banyak jerawat?"
saya balas : lantak pi kat aku la . Sepupu pulak : eh , maherah dah ada jerawat . Tension betul !

Unknown said...

hehe..kita senasib...apa2 pon sama2 lah kita tabah dengan dugaan ni ye..amin

Love and Colourful life said...

@Nana Liena a'ah. kadang-kadang kecik jugak hati ni . tapi, diamkan aje .

Love and Colourful life said...

@Maherah Al Yahya hah ? lelaki tegur ? alaa... malunya .. sabar ek ..

Love and Colourful life said...

@Cik Akie amin ..