Monday 11 February 2013

Lonely - Miss him

Assalamualaikum...
Dear Love & Colourful Life blog ,

Kesepian yang ada membuatkan aku teringat pada dia .. Walaupun status aku dan dia hanyalah
" Rakan-sahabat ". Tapi, kerinduaan ini melebihi kerinduan seorang sahabat. Tanpa aku sedar, aku rindukan dia. Rindu yang teramat sangat. Namun, rindu itu ditepis dan dibuang jauh-jauh.
" Tak! Dia dah berpunya, kau tak ada hak nak rindu pada dia. Apatah lagi rindu seorang Pemuja Rahsia. "
Selalu aku katakan begitu kepada diri ini. Menyedarkan diri ini bahawa aku tak layak untuk sesiapa. Sejauh mana aku membuang kerinduan itu, ia tetap datang padaku. Datang untuk mendampingi aku yang kesepian tanpa teman.

Bak kata pepatah. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata?
Mungkin sewaktu kecil dulu aku tak mengerti pun apa maksud disebalik pepatah itu. Namun, semakin aku meningkat dewasa dan mulai mengenal erti kehidupan, aku mula memahaminya.

( 2009 )
Bermula kisahku ...
Kisah aku yang telah lama memendam rasa pada seseorang sejak tingkatan 2. Pandangan pandang pertama. Sesiapa pun pernah laluinya kan?

Hari pertama ke sekolah sebagai gadis remaja berumur 14 tahun. Berada dalam kelas dan suasana yang baru. Gembira kerana dapat naik kelas walaupun keputusan peperiksaan aku yang ala kadar aje. Aku dan rakan-rakan memilih baris tempat duduk yang kedua dari belakang.

Hari kedua, datang aje ke kelas.. tempat duduk aku masih ada di tempat asalnya. Tempat dua orang lagi rakanku?

Aku : Aikk ? Mana meja? Takkan dah lari kot?
Fatiha : Entah? Semalam ada.
Myra : Hm ~ Dah sah lah ada orang amek ni ..

Fatiha memandang ke sekeliling, kot-kot ada meja kosong yang boleh digantikan dengan yang hilang tu. " Tu! Tu ! Myra, dekat sebelah kau tuu .. amek lah cepat sebelum tuan nya datang duduk." gesa Fatiha. Myra pun cepat-cepat amek. Kemudian, masing-masing duduk dan buat tak tahu. Tepat pada masanya, guru kelas melangkah masuk dan memulakan pembelajaran.

5 minit kemudian, seorang lelaki berpakaian kemas dan bersongkok melangkah masuk. Semua mata di dalam kelas tertumpu padanya. Ya, aku juga lihat dia, tapi dalam kekaburan kerana faktor-faktor rabun jauh. Malas pulak nak pakai cermin mata. Wajahnya tidak begitu jelas pada pandanganku.

 Jelas di riak wajahnya yang malu kerana lewat masuk ke kelas. Terus langkahnya ke arah guru yang sedang mengajar dan berbicara antara pelajar dan guru. Sopan sahaja gayanya. Langkahnya menuju ke belakang.

Fatiha dan Myra hanya memerhati gerak-gerinya. Aku memberi perhatian pada cikgu yang mengajar. Sekali-sekala curi-curi lihat ke arah dia. Dia memandang sekeliling bilik darjah, mencari di mana meja dan kerusinya? Aku, Myra dan Nurul saling berpandangan.
" Myra, jiran kau tengah cari meja dia tu. bagilah balik. " Fatiha berbisik.
Myra : " Tak nak lah. Biarlah dia cari sendiri. Dia kan lelaki. Pandai-pandailah dia angkut nanti."

Terjelas kehampaan di wajahnya. Terbit rasa kasihan pada dia. Aku teruskan mencatat nota. Dia meminta izin dari cikgu untuk keluar mencari meja dan kerusi buat dirinya. Tak lama kemudian, dia masuk dari belakang sambil mengangkat sebuah meja kemudian letak di tempatnya.

Setelah itu, sekali lagi dia melangkah keluar dari kelas,tapi kali ini melalui pintu belakang. Berdekatan dengan posisi dimana aku duduk. Aku curi-curi memandang dia. Ketika itu, dia merapikan rambut dan songkoknya. Terdetik di hati aku.
"Ya Allah .. hensemnya. Sejuknya hati aku tengok dia. Berbaju lengan panjang, bersongkok.. Kemasnya~ Alahai .. menepati ciri-ciri lelaki idaman aku. "
Aku berangan sendiri. Kemudian, Mungkin dia tersedar yang aku memandang dia, kemudian, dia memandang aku. Pada masa yang sama, senyuman dileparkan pada aku.

Aku terpana seketika.Ya Allah, ini realiti atau khayalan seperti dalam kisah dongeng dan drama? Serta merta aku memandang semula ke depan. Senyuman dia tidak aku balas dengan senyuman, tetapi dengan riak wajah yang terpana.

 Bagaikan jantung ini berhenti buat seketika. Kemudian berdegup kembali, namun semakin laju. Mata dia yang tidak boleh aku gambarkan bagaimana? Namun, sejuk hatiku melihat dia . Dari saat itulah aku mula mengenalinya, tapi hanya dari jauh.

Untuk bercakap dengannya, jauh sekali kerana aku memang pemalu berhadapan dengan lelaki. Sejak dari hari itu,  fikiran aku tak berhenti teringatkan senyuman dia itu. Senyuman yang ikhlas.

kisah yang bersambung ...

No comments: