Tuesday, 26 February 2013

Joy to replace sadness

Assalamualaikum...
Dear Love & Colourful Life  blog ,

Catatan : 28 September 2011

Hmm ...
Kesedihan semalam, digantikan dengan kegembiraan pada hari ini. ^.^ *Alhamdulillah ~
Lalalala ~


 Hari ni, every second, every minutes, every hours, every day  I was reminded of him. Tak boleh lupa?
Waktu subjek Sastera, Syera ternampak plaster luka  yang ditampal dekat tangan aku .. Haish, tak sampai 1 minit? Dah kena bahan?*kena ejek.

Bila dah kena, Haaaa .. sampai pulak dekat telinga Mamat .. Hadoiyy .. mulut die, dahla .. potpetpotpet je ... lagi teruk aku kena ejek . *sedihh ..

Waktu agama pulak, Mamat nampak lagi palter dekat tangan aku ni. Dia ajak Azmi bahan aku sekali. Huh! Lepas tu Min pulak nak pergi tandas. Ustaz tengah round dalam kelas, Min panggil laa ..
Min: "Ustaz."
Ustaz: "Ada ape?"
Min:" Nak pegi tandaz, ustaz."
Ustaz: "Saya dah agak dah... awak panggil saya ni tak lain tak bukan nak pegi tandas lah tuu .. ok. saya bagi awak 2 minit 10 saat."
Aku: "3 minit, Ustaz."
Ustaz: " 2 minit"
Aku: "3 minit laa .."
Ustaz:" tade2. Saya catat masa ni. pergi sekarang .. "

Haha .. berlaku tawar menawar pulak . kelam kabut lah kitorang pergi .. dengan lajunya kitorang pergi tandas melintasi kelas Faiz. *kelas dia dekat sebelah tandas. Haha .. assl nak usha dia je mesti buat alasan nak ke tandas .. hoho ..

Lepas rehat, ada subjek seni ..
Kena turun ke bilik seni .. time turun tangga.. Mamat dah bersiap jadi penunggu tangga.. Dia nampak je aku, dia dah bising ~
"Haa.. budak jatuh basikal .. !!"

Aiyy.. nak kena dia ni .. kang ada jugak yang makan tangan kau ni nanti .. budak-budak lain yang lepak dengan dia, pandang je aku. Aku sorok ar tangan yang luka berbalut tu .

lepastu, time seni, kitorang ada buat batik. Besttt ~
 Time tengah melukis, tetibe Mamat tegur ... "Sakit ke Raby? Berdarah ke?" Sambil tengok-tengok tangan aku. Aiikk? Caring nampak? Tadi bukan main lagi ejek orang ?? Hm .. aku diam je .. no respon ..

Oh ya ! Ni part yang bestttt !
Time balik, ingatkan nak stayback dekat sekolah.. nak buat batik. tunggu dengan Min dekat depan bilik seni. sambil tuu .. tangan ni tak boleh nak duduk diam. dok betulkan tudung mana yang senget, yang kemek tuu , mengadap cermin tingkap.

Tetibe, ada suara yang menegur dari belakang? "Dah-dah ... dah lawa dah tuu .. "
Aku pandang belakang. Ohh .. Faiz  .. ! Ohmy .... tersengihhhhh je ..aku.

2 comments:

Loving You !! said...

Mesti Bahagia kan kalo seseorang yg kita suka tuh tegur kita.. sy pon pernah alami jgakk.. smpai trbawa dlm mimpi plakk.. heheh..

Love and Colourful life said...

@Loving You !! a'ah . tapi, bahagia yang tak lama