Tuesday, 12 February 2013

Lonely - Miss him 2

Assalamualaikum...
Dear Love & Colourful Life blog ,

Sangkaan ku mungkin apa yang aku rasakan ini tidak mungkin berbalas kerana aku hanyalah gadis biasa yang tiada apa-apa keistimewaan. Jauh lagi kecantikan.

( 2010 )
Rasa yang telah lama aku pendamkan padanya telah terbongkar gara-gara sahabatku telah bercerita perihal aku kepada si dia.
"Mana aku nak sorok muka ni?!"
Aku benar-benar menyangka si dia tidak akan membalas perasaanku, atau akan menjauhkan diri dariku. Ya, perasaan yang telah lama aku pendam itu dibalas. Siapa yang tidak bahagia? Siapa yang tidak gembira? Namun, pada masa yang sama. Aku meragui pada diri aku sendiri. Bersediakah aku?

Bersediakah aku menerima respon cinta dari dia?
Bersediakah aku untuk kehilangan dia suatu saat nanti andai dia tidak menyayangiku lagi.
Lama kelamaan, rasa sayang itu akan pudar juga kan ?

Ya,memang benar cinta telah berputik. Tapi, sejauh manakah cinta itu tanpa haluannya? 
Dulu aku yakin aku mampu hadapi sesalan ini .. Tapi, sekarang?
Penyesalan ini tidak boleh diperbetulkan kembali. Mungkin ini akibatnya pada diriku yang telah melukai hatinya tanpa aku berfikir tentang perasaannya.Sekian lama aku memaksa diri ini untuk melupakan dia

Sekarang ni awak dah berpunya, tapi apa yang saya nak katakan. Awak, saya minta maaf. Saya tak ada niat pun nak membuatkan awak terluka atau berkecil hati. Perkara pertama yang saya fikirkan, saya takut kehilangan awak.Sebab itu, terlebih dahulu saya menolak cinta awak walaupun pada mulanya saya yang menaruh harapan pada awak.

Pada masa yang sama, saya berharap agar awak menunggu saya seperti setianya Ersalina kepada Zain Hakimi. Setia hujung Nyawa. Namun,sangkaan saya salah. Awak kini dah beralih arah. Mungkin kini dapat seseorang yang lebih sempurna dari saya.

Kejamkah aku? Membiarkan dirinya dalam keadaan tanda tanya tanpa penjelasan. Tapi, andainya penjelasanku tidak diterima? Tetap terluka hatinya bukan?



 Dipendekkan cerita : Seorang gadis yang menaruh hati pada seorang lelaki dan lelaki tersebut membalas cintanya. Setelah difikirkan semasak-masaknya, gadis itu tidak bersedia kehilangan lelaki itu andai suatu saat nanti lelaki itu akan beralih arah dan meninggalkan dia.

Gadis itu berdiam diri tanpa memberikan sebarang jawapan sehinggalah pada suatu hari,lelaki tersebut kini telah berpunya. Mungkin tawar hati ? Terasa kejam.

No comments: