Thursday 21 February 2013

Senarai idea semata-mata nak curi-curi tengok dia

Assalamualaikum...
Dear Love & Colourful Life  blog ,


Lamanya cuti, sementara nak tunggu result SPM 2012 ni.. boring betul.
Kelmarin ..

Yan ada mesej..
"Ayie kerja dekat MB"   *MarryBrown

 Omg ! Yeke? .. Dalam kepala aku ni dah fikir macam-macam dah.. kalau ikutkan hati aku ni, nak je pergi serbu MarryBrown tuu .. Tapi .. takkan lah? Semata-mata nak jumpa dia? Crazy ka? Nanti orang fikir ape pulak?

Rambut sama hitam, otak lain-lain kan?

Aku ni, kiranya secret admirer dia laa .. *pemuja rahsia . Actually, memang aku rindu nak tengok wajah dia, senyuman dia.. setelah sekian lama aku menyepikan diri. Entahlah. Maybe sedih + membawa diri, sebab dia dah berpunya.. *Hmm.. asyik layankan sangat perasaan. Itu yang jadi macam ni..

Ouh yaaa ! Hati aku memang membentak-bentak nak tengok dia dekat Marrybrown tuuuu ... atau? Aku boleh pretending to be a customer ? Ya ! Good idea .. OK, next .

# Idea 1 - Masuk dalam Marrybrown. Jalan ke kaunter. Senyum. Order makanan.Sambil tuu, curi-curi la tengokk dia .. then, bawak makanan ke tingkat atas. Makan ~ 

Tapi, Takkan lah, datang Marrybrown nak makan je? Sorang pulak tu? Aku nak berborak dengan siapa?.. Alaa .. Masalah lagi ..? Takkan nak ajak adik? Malaslah. banyak songeh .. banyak kerenahh ..
Nak ajak kawan? Masing-masing keje .. bukannya dapat cuti sama-sama? Malaslah nak kacau diorang.

# Idea 2 - Ha ! Bawak laptop ! .. Masuk dalam MarryBrown, order makanan .. tengok-tengok, "dia" ada tak? .. then.. naik ke tingkat atas .. online ~ 
kat Marrybrown kan ada Wifi .. Tapi, takkan nak online je? Boring pulak? Aku pretend datang situ nak curi-curi tengok dia.. bukan nak online? Walaupun,

Sambil menyelam minum air ..

tapi, dah tersasar dari target aku? Masalahnya, aku tak tahu.. dia kerja bahagian dapur ke? Bahagian customer service?

# Idea 3 - Hm~ Let me think . Urm .. upah seorang lelaki 
hensem
muda
umur dalam lingkungan 17-25 sahaja 

jadi couples. Khonon-kononnya, saje nak makan-makan dekat situ .. *perghhhhhh ! Cari bala betul .. memang cari nahas! kang tak pasal-pasal orang tu kidnap aku, then mintak duit tebusan. Aaaaaaaaa ~ ape aku nak buat ni?

# Idea 4 : Pretending to be a customer tu, dah ok dah .. justt .. ha ! Try taktik menyamar pulak. Pakai dress superb yang memang aku tak pernah test selama ni .. tudung, dan spect mata hitam. haa .. kalau aku buat macam tu, dia cam aku ke tak?   *Eh? nanti nampak macam .. lain macam pulak?

# Idea 5 : *Grrr ! Dah penat memikir ni .. ha ! Jalan-jalan dekat area Marrybrown tuu .. and then, masuk. pergi dekat kaunter.

"Assalamualaikum .. nak tanya, dekat sini ada kerja kosong tak?"

mintak kerja.. haha .. *Memang nak cari hahas, aku ni. Kerja yang dah ada ni nak campak mana pulak? kang tak pasal-pasal mati katak je sebab penat bekerja tak tido-tido.


Lastly ...

# Idea 6 : Pakai jubah dan purdah ala-ala wanita arab, datang order makanan dekat MarryBrown tuu .. cari tempat nak makan .. sambil tuu .. boleh usha dia dari jauh ? Eh ? Dah pakai purdah ? macam mana nak makan?.. kalau bukak purdah nanti? kantoi la aku ?
Lastly ...

Hm .. setelah banyak idea be*gong dan tak betul yang aku fikirkan semata-mata nak tengok dia .. aku pun decide nak mengalah. Biar jelaa dia kerja situ dengan aman. Kang tak pasal-pasal ganggo fokus dia pulakk ? Kang ~ tak pasal-pasal jugak, awek dia datang attack aku dengan bom sebab mengade-ngade nak usha pakwe diaa ..

Kadang-kadang kita perlu berkorban .. mesti ada hikmah disebalik sesuatu yang terjadi.