Thursday 21 February 2013

Dia pandang ?? Kantoi dahh ..

Assalamualaikum...
Dear Love & Colourful Life blog ,

Catatan lama: 18 Mei 2012

Sambungan daripada Dia pandang ??
Hmm .. hari ni ada exam pertengahan tahun. Exam Pendidikan Seni. #betapa stressnya aku dengan subjek favorite ku ini ..


 And then, bermula lah saat-saat aku ke sekolah ~ parking moto dekat tempat parking moto.. Tanggalkan helmet , pandang tudung.. kot-kot ada yang comot ke? kemek ke ..
"Eh? Mana lencana aku?" Masa aku iron tudung tadi.. ada .Takkan tertanggal kot? terbang ke masa bawak moto tadi?"
Hah? Apelagi? Menggelabah la cari lencana aku. Selak punya selak, tengok-tengok. Lencana dekat bahagian dalam.. "Eh? Aku pakai tudung terbalik ke?"

Tengok-tengok .. "Arghhh ! Iye lahhh .. alamak ! Macam mana ni?"
Yeah ! Idea yang terlintas di fikiran aku.. Ya ! Tutup dengan beg . Aku teruskan jalan sampai ke dewan. Dalam dewan pulak tak boleh bawak masuk beg. Kena letak dekat luar .. Tapi , macam mana dengan tudung aku?

Hm, pasrah jela . masuk dewan, buat tak tahu je, macam tak ada apa yang berlaku. Berdiri dalam barisan kelas. Tiba-tiba, Wani tegur . "Eh? Raby. Awak pakai tudung ... " Belum sempat Wani habis cakap, aku tergelak .. Aku cover-cover la nak tutup tudung aku yang pakai terbalik tu ..

Bila perhimpunan dah bersurai, cepat-cepat aku pecut pergi tandas, nak betulkan tudung yang aku pakai terbalik tu ..and then, masuk dalam kelas. Exam pun mula ..

Aku melukis dengan penuh inspirasi. Hanya berharap agar semua yang aku lukis akan menjadi.. Lepastu, its time for colouring ! Mewarna. Dua kali aku ulang alik ke tandas semata-mata nak tukar air. Bukan tukar air ape? Kami sebagai budak seni *yang tak berapa nak seni ni.. , kena jaga kualiti lukisan yang kami hasilkan .Kalau air cuci berus tu dah jadi warna gelap/hitam .. kena tukar, kalau tak dengan lukisan-lukisan sekali jadi warna hitam . Kan dah rosak ?

Mewarna pun pakai berus & colour poster tu. Cikgu tak bagi pakai pensil colour sebab, kalau pakai pensil colour .. markah yang dapat just 15/100 .. Haaa , engkau ! Sia-sia je melukis, lepastu dapat markah macam tu ..

Kalau pakai colour poster pulak, dapat markah paling tinggi berdasarkan lukisan yang dah kita hasilkan ..  sekurang-kurangnya dapat 30+ /100 .. Haa .. untungkan ? .. Tapi, kena hasilkan lukisan yang lebih MANTAPPPP laa .. kalau buat yang cincai boncai, rasanya sama aje kot dengan markah pakai pensil colour. paling teruk pun dapat 5/100. Wahahahahaha ...

OK, dalam lukisan tu .. tajuknya lukisan sungai. Ada sebatang pokok tumbang merintangi sungai tersebut dan ada seekor burung bertenggek di atas dahan pokok itu.

Ilman Amin, datang tempat aku. Dia tu memang tak makan saman. Time, ujian pun dia boleh jalan-jalan dalam kelas semata-mata nak tengok lukisan orang lain. Lepastu, kutuk . Ceh ! Dia datang tempat aku, dia tengok.. aku ada lukis burung, ada ke dia kata penguin ? Jauh bezanya ??

"Kau lukis penguin, Raby ? "

 Dia ni ~ suka buat orang marah .

                           "Penguin ? Ni burung lah. Burung dengan penguin pun dah tak boleh nak bezakan ke ?"

"Huh! Buruk ! tengok aku punya, lagi lawa dari kau punya. "

Dia tunjukkan lukisan dia .. Huh! Lagi teruk dari aku. Cincai bocai. Dia malas nak buat lah tuu ..

Petang : Dekat tempat tuisyen sekolah.

Bila tuisyen dah start, seorang demi seorang yang datang. Tepukan yang gemuruh diberikan kerana dapat hadir.  Aku, Min, yan duduk role ke 3. Tiba-tiba Afiq duduk kat belakang kitorang, role ke 4. Biar jela kan?

Lepas tu, masa kitorang dengar Cikgu Ayu bercerita dekat depan, tetiba aku terdengar ada orang tarik kerusi, n then duduk dekat belakang tempat aku duduk. Aku pandang laa.. "Argghh ! Faiz ! " Aku jerit dalam hati.

Aku buat taktau je. Pretend nothing happen. teruskan mendengar cikgu berstory mory. Suddenly again ! Aku terdengar ada orang nyanyi. Mula-mula dia nyanyi lagu ape entah? lepastu, tiba-tiba dia Harapan-Hyper Act.
"Harapan ~
Harapan menjadi layu ~ "

OMG ! Lagu Favorite aku sekarang. Lagu tema Seindah Sakura ! .. Aku terdengar lagi dia nyanyi. Macam suara Faiz? Aku tengok la. Jeling-jeling sikit. mamat mana laa yang nyanyi tuhh .. Eh ? Betul la suara Ayie . best ar ! *haha .. rasa nak lompat-lompat je .
 Cikgu Ayu suruh buat karangan fasal Hari Guru. Sambil aku buat,aku fikir idea.

Aku baringkan kepala aku dekat atas meja, mengadap sebelah kanan. Urghh .. boringnyaa ~
5   minit lepas tu, aku pandang pulak sebelah kiri. Tengok-tengok, Faiz dah duduk dekat sebelah aku? Eh? Bila masa pulak dia duduk? tetiba dia talk dengan aku.
"Semalam tido dalam kelas eaa?"

Jantung aku tersentap! Darah aku bagaikan menyerbu ke pipi. Pipi pulak, terasa kebas semacam ! Alamak ! Pipi aku nak merahhh ! Ehem2 ! Cover .
"Eh? nampak ke? Eiiyy, tak malu la tengok owang tido .. "( aku tersengih-sengih )
"yelaa .. dah betul-betul mengadap pintu pulak tuu .."
"Ala.. nampak ke? tak nampak kan? Tak nampak kan?"
"nampak ~"

Lepastu, dia gelak, dia blah ..

Aku betul-betul terkejut ! Gila ar ! Dia tegur aku? Aku tergagap .