Tuesday 23 April 2013

Terima kasih untuk awak

Assalamualaikum
Dear Love & Colourful Life blog ,

Terima kasih atas segalanya.
Tanpa sokongan awak, saya takkan terus bangkit dari jatuh. Semangat saya mungkin terus hanyut dan keseorangan. Meskipun awak ditakdirkan bukan untuk saya, tapi percayalah .. doa saya sentiasa mengiringi awak. Mungkin juga awak bukan ditakdirkan untuk menjadi teman hidup saya, tetapi menjadi pendorong semangat saya.

Walau kemana saya pergi, ingatlah.. sesaat pun saya tak pernah lupakan awak. Mungkin pernah berkali-kali saya cuba memaksa diri untuk melupakan awak. Akhirnya temui kegagalan. Bagaikan bayangan awak mengekori saya.

Hinggakan saya takut untuk bercinta lagi. Saya takut akan lupakan awak yang pernah hadir dan membahagiakan hidup saya.

Andai hari ini, saya dilupakan . Ingatlah saya untuk hari esoknya. Kerana, setiap hari saya tak boleh lupakan senyuman awak yang tulus dan ikhlas. Senyuman awak itulah yang membuatkan saya terus bangkit hingga ke hari ini walaupun kadang-kadang hampir putus harapan dan temui jalan buntu.

Mungkin saya berharap agar temui seseorang yang boleh membahagiakan dan menyempurnakan hidup saya, namun saya tidak berharap untuk terus lupakan awak.

You are always in my mind.


#Lagu Terima Kasih By iamneeta, pencetus idea kepada entri ini . :)

No comments: