Monday, 18 March 2013

. tak puas hati ! Selfish. Like a shit .

Assalamualaikum
Dear Love & Colourful Life blog ,

Korang boleh tekan untuk dengar lagu yang aku sediakan ni sambil baca entri yang aku ceritakan dalam post ni .. 

Boleh baca entri ni sampai habis untuk elakkan salah faham tentang aku. Ada apa-apa tak puas hati, tanya. jangan terus serang. nanti, orang cakap .. takde sivik. Padahal time sekolah.. ada belajar Pendidikan Sivik.



# Bila hormon tak stabil ni, puas aku nangis ! ..

Aku pernah terbaca petikan ayat ni dalam internet.
"Apabila seseorang lelaki berkahwin, lelaki itu bukan sahaja bernikah dengan wanita idamannya, malah dengan seisi keluarganya."

Aku cuba jugak cari balik kat mana aku jumpa ayat tu dulu, tapi tak jumpa pun? . -.-"

" Ape perasaan korang kalau barang kesayangan yang korang beli dengan menggunakan duit hasil titik peluh korang yang mungkin sesetengahnya boleh menjadi barang kenangan or sentimental value yang sangat bermakna pada korang .. hancur, berkecai, lebur di depan mata begitu sahaja?? .. "

Mesti korang akan berasa, geram .. sedih dan nangis kan? Aku tahu, betapa luluhnya hati andai perkara itu berlaku. Dan tempiasnya terkena pada aku.

Ianya bermula dengan masalah kecil ? Kemudian, dengan sifat pemarah, pendengki tidak berpuas hati .. barang kesayangan orang lain yang menjadi mangsa. Sungguh tidak wajar ! . Dahla rosakkan, hancurkan barang orang .. lepas tu tak nak  mengaku ? Hah! tanggunglah azab di neraka nanti. Hukum karma .

Aku tumpang duduk sementara di rumah mak cik aku. Aku dengan adik memang manja dengan makcik aku. Makcik aku rajin bawak kami keluar jalan-jalan bersama sejak dari kecik. Dia memang banyak tolong aku. Tapi ..Kejam betul dunia ni .

Malam tadi .. ianya bagaikan mimpi ngeri bagi aku. Aku tak tahu apa yang patut aku luahkan tanpa mengaibkan sesiapa. Aku menulis bukan suka-suka. cuma berharap dapat sampaikan nasihat dan pengajaran buat semua yang membacanya.


Jumaat/ 15.03.2013
- Pada awalnya, kami cuma rancang untuk menumpang di rumah makcik aku sehari aje . Sebab, aku rancang nak keluar jalan-jalan dengan sepupu aku. Rumah aku jauh dari rumah sepupu . So, aku tumpang rumah makcik aku. Alhamdulillah, hari jumaat tu .. aku gembira dan terharu sampai nangis sebab dapat juga keluar jalan-jalan dengan sepupu aku setelah hampir 10 tahun kitorang tak jumpa.  Terubat jugak rindu ni.

Then, makcik aku kata, memandangkan dia cuti hari sabtu dan ahad , dia rancang nak bawak kami jalan-jalan. Ok. Kami tak kisah, ikutkan saje.



Sabtu/16.03.2013
- Pagi : Mama telefon .
Mama on the way balik dari kerja syif malam hospital as Jururawat. Mama tanya, kalau kami nak mama jemput balik ataupun tidak ? Aku bagitau mama, yang makcik nak bawak kami jalan-jalan. So, mama just straight balik ke rumah.

Dalam pukul 11 lebih, kami bersiap nak keluar. Waktu kami bersiap tu. Suami makcik aku tu keluar. Maybe jumpa kawan dia. And then, dalam pukul 1 lebih, waktu zohor macam tu .. dia pun balik .Baring depan tv. Mak cik aku ajak dia keluar sekali dengan kami, boleh makan tengah hari di restoran sama-sama. Tapi, dia macam taknak.  dia buat don't know*buat taktahu je . Then, buat muka taik. <-- ok. aku dah geram.

Makcik aku masih bersabar.
"Kalau taknak hantar kami, sekurang-kurangnya hantarlah ke bustop depan tu .. cuaca panas ni, takkan nak biarkan kami jalan kat tengah panas tu?"

Tiba-tiba dia naik angin. Ok, fine ! Aku sememangnya malas nak dengar panas baran dia. Aku memang anti kalau tengok suami marah atau maki seorang isteri/perempuan depan aku. Terutama seseorang yang ada pertalian darah dengan aku. Dahlah tak sedar tanggungjawab sendiri. Orang lain yang support hidup kau. Tak reti nak berterima kasih pun?

Aku dengan adik keluar dulu dari rumah tu. Tunggu kat depan lif .
Dari depan lif, aku dan adik aku boleh dengar perang mulut. Aku buat tak tahu. kami pun teruskan tujuan kami untuk ke destinasi. Nak cari hadiah untuk birthday adik boy aku ahad ni. Kami jalan kaki menuju ke bustop. Nasib baik makcik aku bawak payung. Kami berteduh di bawah payung yang satu tu.

Naik bas menuju ke Chow Kit. Pergi ke SOGO - JALAN TAR - SOGO. Kemudian, Naik teksi ke GIANT GOMBAK.

Dalam pukul 10 lebih, malam . Kami balik dari jalan-jalan. Ya, aku mengaku, sebelum masuk ke dalam rumah .. dalam hati aku masih ada perasaan berdebar dan takut. Kot-kot Kalau suami makcik aku tu tetiba mengamuk marahkan kami atau makcik aku.

Bila melangkah je ke dalam rumah, aku dan adik terus masuk ke dalam bilik nak letak barang-barang yang kami beli tadi. Adik aku tutup pintu bilik sebab kami nak try pakai jugak dress and maxi skirt yang kami beli tadi.

Then,dari dalam bilik.. aku terdengar makcik aku tanya dekat suami dia kenapa rosakkan kipas dalam bilik tu? .Makcik aku kata, dia  test cucuhkan plug kipas ke suis. Kipas tu dah tak berfungsi. Mak cik aku sedih dan dia tanya kenapa rosakkan barang sentimental value dia? .
Kipas tu kenangan. makcik aku beli waktu dia dapat gaji yang pertama waktu mula-mula bekerja dulu . kedengaran, makcik aku sebak nak nangis .

Suami dia ,Macam takde perasaan dan macam sembunyikan sesuatu. dia kata,
"Kipas tu jatuh. Kena tiup angin. "

Dush ! Kesilapan di situ ! . Aku rasa macam nak tumbuk je ! Sebelum kami keluar rumah tadi ..
- Kipas tu berada di atas meja jauh dari tingkap sedikit.
- Laptop pulak ada di bawah meja. kalau kipas tu jatuh? mesti terhempap dekat laptop tu bukan? Ni? laptop tu okay je ? tak de ape pun?
- One more thing ! impossible lah kipas yang pendek yang berat  tu boleh terjatuh ditiup angin? mustahil sangat !
- One more , one more thing !
kalau kipas tu jatuh pun? kenapa tak letakkan ke tempat asal dia kembali? kenapa kipas tu terbaring atas katil? wayar pulak bengkok ? Adakah nak bagi kipas tu tidur di atas katil ??? Annoying lah semua alasan tuhhh .. Annoyinggg !!!


Ok. makcik aku just tanya pasal benda tu ? Dia naik angin. kalau tak salah, kenpaa nak marah tak tentu pasal ?? Kalau dah salah tu, salah ajelah . Siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya ! Dari dalam bilik, tetiba kami dengar . Bunyi something pecah. Ya. Aku memang dah dapat agak, apa yang pecah tu walaupun aku tak tengok .
" Prrangggg !!!

Dia masuk semula ke dalam bilik, angkat kipas tu dan hempaskan nya depan mata makcik aku. ?!! Kami yang duduk dalam bilik, mula berasa agak cuak ! Sampaikan aku terfikir .
" Aku nak balikkk!! Aku tak suka semua ni  ! "
Tapi, macam mana aku nak balik? Teksi dan bas takde ? Takkan aku nak jalan kaki? Rumah, dahlah jauh? kalau kami balik sendiri pun .. takkan aku nak tinggalkan makcik aku macam tu je? ..

Mulalah aku terfikir dalam fikiran aku. "Kalaulah aku balik dengan mama pagi tadi, mesti kipas sentimental  value makcik aku tu tak rosak. " Mungkin ni semua salah aku ...? Aku patut balik dengan mama. aku tak patut duduk lama-lama dekat situ. Mungkin suami makcik aku tu tak suka dengan kehadiran kami.

Aku menyalah kan diri aku. "Maafkan akak, mak su." Air mata aku mula berjujuran laju dari kelopak mata ni. Tudung yang aku pakai, tak bukak lagi . Aku gunakan untuk lap air mata dengan hingus aku. habis basah tudung aku tu. Melekit kena hingus. ok. aku terlampau sedih. Aku tak boleh tengok seseorang yang aku sayang, disakiti depan mata aku.

Terdetik di hati aku nak back up atau protect makcik aku. Tapi, bila aku fikir ~ Aku ni just anak sedara je , dia pulak suami makcik aku? Mesti dia mempertikaikan apa hak aku nak tegur dia?. ok. aku hormat dia sebagai orang yang lebih tua. Aku buat keputusan untuk berdiam diri aje.

Dalam bilik tu, memang aku nangis , nangis dan terus nangis .. kemudian, aku capai telefon. Aku dail nombor mama . Aku cuma kol untuk tenangkan hati aku. Sembunyikan kebenaran Aku borak dengan mama, adik-adik kecik aku .. tak sampai 6 minit pun. Aku cuma nak dengar suara mereka. hati aku sebak. aku mula rindukan mereka.

Aku juga mesej sorang kawan aku untuk tenangkan hati aku. tapi, rasa sedih+ sebak tu masih tak hilang. Aku menangis hingga terlena ... tersedu-sedu.

Keesokannya ...


Ahad/17.03.2013
- Pagi tu, aku terdengar. Pintu bilik dikuak*dibuka.
Dalam hati aku, takut ! Aku pura-pura tidur, tak bergerak. Tiba-tiba terdengar suara makcik aku.
"Ya Allah, kesiannyaa.."

Mungkin makcik aku sedih tengok kami yang tidur beralaskan lantai tanpa sebarang bantal lembut atau selimut. Malam tadi kami tak berani nak keluar bilik, walaupun untuk mandi bersihkan diri ataupun ambil bantal atau selimut. Memang kami berkurung dalam bilik. Niat aku untuk tengok Mega Movie tv3 dengan makcik aku, aku batalkan.

Dengar je suara makcik aku ..  sekali lagi, air mata aku berjujuran laju macam air hujan. Teringat apa yang terjadi. Tapi, aku tutup muka aku dengan tudung. Taknak bagi makcik aku nampak. Kemudian, Makcik aku terlebih dahulu mengejutkan aku dari tidur. Minta kami mandi dan bersiap untuk keluar jalan. Aku faham. Mungkin dia nak hiburkan hati kami diatas kejadian semalam.

Tapi ~ masih terngiang-ngiang di fikiran aku. di minda aku. tentang kejadian malam tadi. Dengan suara yang mengantuk, aku suruh makcik aku kejut adik dulu. biar adik mandi dulu. Sementara tu, aku boleh lap air mata aku dan tenangkan hati aku.

" Air mata ni pulakk ! janganlah nangis .. cepatlah berhenti . nanti mak su nampak.. mesti dia lagi sedih pulak .. ! cepat lah berhenti.... !"

 Aku cuba paksa diri aku. Then, bila adik aku dah siap mandi, dia kejutkan aku suruh mandi pulak. aku bangun. Dan melangkah ke bilik tidur utama yang ada bilik air . Suami makcik aku tu still tidur di ruang tamu depan tv. nak lalu sebelah dia pun, api kemarahan aku ni semakin membuak-buak ! Sabar . sabar .

Sebaik je aku melangkah masuk ke dalam bilik tu .." ehh ..? elok-elok jalan tu . kang terpijak ni kang."

Kipas yang terbuka kepalanya, ada sayap kipas yang patah dan pecah bertaburan di lantai.  See? macam yang aku sangkakan. benda yang suami makcik aku hempas malam tadi, kipas sentimental value ni lah .. tak berhati perut langsung !

aku melangkah masuk ke dalam bilik air. Bila dah siap .. kami keluar cepat. keluar bawak semua beg baju aku. balik nanti tak perlu singgah ke rumah tu lagi .

Kami ke Brem Mall, Kepong. Tengok movie Awan Dania. Sesungguhnya banyak dugaan hari ni .. beberapa kali jugak aku cuba sorok  air mata yang nak jatuh ni .. And then, pergi Selayang Mall.  Kitorang ada singgah ke tempat yang jual barang-barang dan perabot ala Inggeris British gitu. Makcik aku ada ternampak satu meja kopi kecik ala inggeris tu . dia kata .
" eii .. cantiknya meja ni, kalau letak dekat balkoni rumah sambil minum teh, kan best .. "

Aku terharu. tapi aku tahan. Makcik aku still cares about his husband ! But , his husband? Like trash ! tak reti nak menghargai orang ! Sambil jalan-jalan. Aku ada mohon maaf kat makcik aku andainya perkara yang terjadi tu salah aku. tapi Makcik aku lembut memujuk aku. 
" bukan salah akak lah .. "

ok. aku terus nangis sorok-sorok.


Then, kami tunggu family aku datang ke Selayang Mall, makan-makan dekat Nyonya Valley. Sekaligus sambut birtday boy, adik aku. Bila dah habis round,beli baju.  kami nak balik . Kami offer nak hantarkan makcik aku balik semula ke rumah dia, tapi makcik aku tolak secara baik, dia nak singgah Mydin nak beli barang dapur. Takpe. Aku faham.




Cuma, apa yang aku nak katakan .. andai ada sesuatu masalahh yangberlaku . jangan jadikan barang sebagai mangsa keadaan . Itu amalan syaitan . Banyakkan beristghifar .. sebaiknya teus ambil wuduk dan tenangkan hati. Jangan terus mengamuk macam THE HULK. -.-"

Tips mengawal marah .- credit to iluvislam.


No comments: