Tuesday, 23 April 2013

Terima kasih untuk awak

Assalamualaikum
Dear Love & Colourful Life blog ,

Terima kasih atas segalanya.
Tanpa sokongan awak, saya takkan terus bangkit dari jatuh. Semangat saya mungkin terus hanyut dan keseorangan. Meskipun awak ditakdirkan bukan untuk saya, tapi percayalah .. doa saya sentiasa mengiringi awak. Mungkin juga awak bukan ditakdirkan untuk menjadi teman hidup saya, tetapi menjadi pendorong semangat saya.

Walau kemana saya pergi, ingatlah.. sesaat pun saya tak pernah lupakan awak. Mungkin pernah berkali-kali saya cuba memaksa diri untuk melupakan awak. Akhirnya temui kegagalan. Bagaikan bayangan awak mengekori saya.

Hinggakan saya takut untuk bercinta lagi. Saya takut akan lupakan awak yang pernah hadir dan membahagiakan hidup saya.

Andai hari ini, saya dilupakan . Ingatlah saya untuk hari esoknya. Kerana, setiap hari saya tak boleh lupakan senyuman awak yang tulus dan ikhlas. Senyuman awak itulah yang membuatkan saya terus bangkit hingga ke hari ini walaupun kadang-kadang hampir putus harapan dan temui jalan buntu.

Mungkin saya berharap agar temui seseorang yang boleh membahagiakan dan menyempurnakan hidup saya, namun saya tidak berharap untuk terus lupakan awak.

You are always in my mind.


#Lagu Terima Kasih By iamneeta, pencetus idea kepada entri ini . :)

Sunday, 14 April 2013

scared to love .

Assalamualaikum
Dear Love & Colourful Life blog ,

                                      Siapa yang takut dengan CINTA ?

                                                 
                                                          AKU .

S : Kenapa takut dengan cinta? Cinta kan sesuatu yang indah?

J : Ya, memang betul cinta itu boleh menjadi sesuatu yang indah. Tapi .. pada masa yang sama, ianya boleh menjadi sesuatu yang ngeri bagi kita. 

S : Kenapa fikir macam tu?

J : Sebab aku dah merasainya. Perit bagi aku. Kerana waktu tu, aku berpasangan dengan seseorang bukan kerana cinta. Tapi, kerana belas kasihan. Jadi, aku rasa menyesal. Aku tak patut bercinta kerana belas kasihan.


Fobia.
Mungkin itu yang aku rasa.
Apabila cinta yang baru ingin hadir dalam hidup, aku terus takut.
Aku takut air mata aku jatuh hanya kerana seorang lelaki.

Aku taknak rasakan semua tu.
Aku takut hadapinya.
Aku taknak persahabatan kami putus hanya kerana timbulnya perasaan cinta.

Takut disakiti sekali lagi. Aku bagaikan menutup pintu hati ni untuk tak menerima sesiapa buat sementara ni . 2 setengah tahun tanpanya. Aku rasa bahagia seketika.

Tiba-tiba seseorang datang dengan meluahkan rasa cintanya pada aku .

" Saye suka awak. "

Arghhh ! . Susah betul hidup ni . Perasaan belas kasihan itu datang lagi.

Ape patut aku buat? . Macam mana aku nak jelaskan pada dia yang aku tak mampu terima cinta dia tanpa aku buat dia rasa kecik hati atau bersedih? . aku cuma anggap dia sebagai kawan yang sering menjadi penghibur aku .

Die yang selalu menyakat & membuli aku . :'(
Dari situ hatinya terpaut . Aaaaaa......
jangan buat aku macam ni ..

Tolonglah. Aku takut. Aku pulak yang rasa tak tenang hati sekarang ni .

" Perempuan mudah jatuh hati , mudah memberi peluang , mudah menitiskan air mata dan mudah memberi hati .. "


Perempuan ...

"Ya Alah, berikanlah aku jalan penyelesaian untuk masalah ini. Amin . "




                                                                                                                                             Aizawa Eva